...

Monday, May 2, 2016

CAPTAIN AMERICA CIVIL WAR REVIEW - KEBENARAN YANG MENYAKITKAN


MeNONTON Captain America Civil War : The Winter Soldier memang satu keterujaan pada pengemar Marvel Universe..Saya bukan penggemar karektor alter ego malah baca komik pun tidak biarlah setakat saya tahu basic dari kisah karakter superhero ini sebagaimana pemahaman saya ketika kanak-kanak sejak azali lagi...mungkin tajuk seakan mengkritik tapi apa yg dikhabarkan kebenaran menyakitkan anda akn faham sendiri bagaimana dua ikon disayangi iaitu Team Captain dan Team Iron Man terpaksa bersaing sesama sendiri dan tidak bersatu begitulah kepahitanyang perlu  kita terima..

Saya juga seolah-olah macam tidak amik tahu tentang kehadiran dua installment movie dari Marvel yang dikhabarkan Dahsyat iaitu The Avengers  1 dan 2 sebelumnya. Saya  pelik melihat rakan-rakan yang begitu excited menceritakan tentang karakter Superhero Marvel  ney..Sehinggalah saat saya terdetik menonton sebuah filem Superhero dari  Marvel iaitu Ant-Man. Suatu gaya segar ditonjolkan oleh Marvel dari style/konsep penceritaan..membuatkan saya mula meminati karakter Alter Ego Ant Man ini dan kerana Ant Man  jugak secara tak langsung timbul keterujaan menantikan filem Captain America Civil War : The Winter Soldier. Oleh kerana itu saya # kepada Team Cap kerana Ant_Man, dan kalau ada memang saya nak meng Hastag kepada TeamAntMan jika ada sebagaimana tujuan promosi Civil War hanya meletakkan Ironman dan CaptainAmerica hastag sahaja..


Review saya maybe sesimple yang boleh memandangkan cerita ini masih ditayangkan. Luahan saya harap agak terkawal  Supaya TIDAK BERLAKU SPOILER kepada yang belum menonton..
Saya memetik sedikit berkenaan dengan PLOT filem Civil War. Bagi penonton yang meminati  Marvel mungkin agak sedikit pahit bila melihat satu gabungan iaitu Avengers berpecah dan menjadi perseturuan yang tak masuk dek akal. Memang kita tidak mahu melihat Supehero-Supehero kesayangan anda ini menjadi karakter yang jahat atau Villian. Berkenaan dengan plot saya meletakkan penceritaan Civil War sangat TersuSUn dan TerBAIK setakat ini berbanding dengan kisah Marvel The Avengers dimana filem tersebut begitu padat memandangkan  produksi meletakkan satu aras kisah Avengers  yang bakal diterbitkan semestinya  Hebat dan penuh kehancuran.

Untuk saya yg mungkin tidak gemarkan heavy Plot dapat menerima filem CIVIL WAR ini seadanya berbanding dua filem Avengers, teringat saya menonton Iron Man 3  sambil tertidur dipanggung wayang, dan hanya menonton sedutan-sedutan Iron Man sebelum ini tanpa melengkapi keseluruhan sequel Iron Man. Filem Thor juga saya meletakkan sebagai Heavyplot  walaubagaimanapun saya terpaksa mengadap filem itu dipagung wayang sebab member dah belanja tengok masa tu di One City GSC Kuching baru bukak, tq belanja saya.

Tak lupa juga sy terREcap The Avengers 2 kehadiran Vision agak menganggu disitu. Tetapi kehadiran Vision di Civil War sangat mewarnai isi filem ini. Disini saya meletakkan twist character yang dibawa produksi begitu menarik perhatian saya berkenaan dengan Vision dan juga asbab kehadiran wonda di debut Avengers 2 juga mencetuskan konflik di Civil War. Cuma saya pelik kesian karakter Wonda ney x de suit n topeng superhero sepertimana kita lihat di Komik adakah dia dari spesis filem  Xmen hahaha..Selain itu babak-babak setiap supehero juga diberi supporter acting yang sama rata . Pergaduhan antara #TeamIronMAn dan #TeamCap betul-betul mencipta fenomena Supehero Marvel ini berkaitan dengan babak tersebut dilapangan terbang dan kehadiran Special Appearance Spiderman dan AntMan sungguh kreatif dan saling kait mengait sangat menceriakan suasana. Sebab tur bagi saya style filem ini begitu segar dan sangat Nice untuk ditonton. Plot tidak melebih-lebih dan exegeration. Membandingkan Batman Vs Superman dan Civil War mungkin tidak adil tapi begitulah filem tersebut terjadi (tiada review tentang batman v superman oleh saya). DC Comic seharusnya mencontohi sistem Marvel terhadap penerbitan filem mereka.  Menjadikan  MArVeL CinematiC Universe memasuki phase ke3 adalah suatu langkah yang bijak dibuat Marvel berkenaan dengan hakcipta dan sebagainya sememangnya payah lihat sahaja mereka cuba mendapatkan Spiderman. Jadi  filem ini SEMESTINYA SEMUA HARUS MENONTON jangan KEtINGGAlan. Saya bagi 3 bintang


Karakter Wanda di Civil War dan Avengers

Note : Lepastu nak pesan yang pergi menonton sila stayback kat tempat duduk sebab ada 2 ending klip yang superbest dan ditunggu-tunggu.

Sebelum itu, Ada yg mengatakan tindakkan mendowngrade Iron Man memberi satu tamparan ketidak puasahati sesetengah peminatnya...walaubagaimanapun syabas  Marvel  STILLL  DE BEST EVER FRANCHISE superhero live actionterbaek  yang dihasilkan dengan sistem Cinematic Marvel Universe berbanding DC Comic Batman Vs Superman yang tidak mencapai piawaian yang sepatutnya sebgaimana expectation para penonton...sehinggakan peminat komik Dc terpaksa menafikan kelemahan yang ada pada Batman VS Superman. Jadi kat sini Sabar Jer harapan Justice Legue  utk akan datang lebih membaikkk.

Vision adalah twist karakter yg dipersembahkan oleh Marvel
INFO MENARIK - Nak tambah jugak setahu saya ada pelakon indonesia iaitu Ray Sehatapy berlakon di Civil War namun kekecewaan bagi peminat dari Indonesia kerana babak tersebut dipotong, itulah tak perlu nak diwarwarkan kalu Marvel tidak official membuat kenyataan berkenaan karakter yang dibawakan oleh aktor dari Indonesia. Tetapi YUNA tetap terbaik, tak payah lah nak bangga dengan AgneS Mo yang hanya nak pertaruhkan keseksian last sekali kat US dia pun x de ape sangat nak dibanggakan..sory kenyataan ini bercampur baur abaikan...kalau terbaca maafkan saya

Diatas adalah penutup bagi review saya yang tidak seimbang..have a nice day and Enjoy your Movie tak sabar menantikan Black Panther,Spiderman,Hulk, Thor dan The Avengers next sequel.

Note sy: Kini  Marvel telah memancing saya untuk melekat dan meminati supehero Marvel seterusnya Bau PopCorn mula melekat pada deria bau saya sedangkan saya menaip dihutan almaklumlah saya outstation sebab cuti...

No comments: