...

Thursday, July 2, 2015

4 Faktor Menarik Nota filem yang harus anda tonton Ogos Ini~ Trailer Review


Saya suka poster  Nota ney tanpa menempelkan muka perlakon cukup
menampakkan  menarik dan natural 
Salam Ramadan...sedar x sedar da masuk hari kelimabelas kita menunaikan ibadah puasa..mmhh amacam puasa kurank...hahaha masing2 da dewasa..mesti lar x der problem kan...melainkan kalu berfamily...ada anak-anak nak kena melayan kerenah durang berpuasa lar kan..ok r..straight to de point ..

Nota..yer 'Note' apa yang u all tau tentang Note...bukan death Note yer anime japan tur ...tapi 'Note 'dari filem Malaysia sendiri yang bertajuk Nota..adakah Nota ini adalah Nota pembunuhan didalam konflik pasangan didalam filem ini iaitu Maya Karin dan Hans Issac.Hah Maya dan Hans ...gandingan first time yg paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia..ye lar obcouse kita akan pikir pembunuhan kalu melibatkan genre psycology(my expectation sebelum tonton)

Apa yang membuatkan filem ini menjadi tarikan saya untuk diwarwarkan kepada anda Semua ke panggung bagi menonton Nota ini...

   Kredit to 42nd Pictures


Saya telah pun menonton trailer Nota ini (kalu belum tonton boleh play trailer kat atas). Memang Awesome..suka tengok semasa scene jari menyentuh Akuarium ikan..tu, n nak tahu sangat kenapa camtu.. Yupp, Tanpa membuang masa saya senarai 4 pekara awesome pada pandangan saya kenapa anda dan saya perlu menonton Filem Nota..

1.  Arahan Yasu Tanaka

        Saya begitu yakin dengan penulis filem ini iaitu Yasu Tanaka. Mungkin kedengaran asing tetapi tahukan anda Yasu Tanaka merupakan seorang penulis skrip bertajuk Lemak Kampung Santan yang bagi saya adalah filem terbaik yang pernah saya tonton dari segi plotnya.

Walaupun filem itu becorak seakan fantasi,  namun dapat memberi gambaran realiti seakan benar-benar kejadian itu berlaku. Ianya berkenaan tanah rizab melayu dan dimasukkan tentang urusan diraja dan lain-lain amat menarik sekali mencetuskan satu keunikkan tersendiri dari sudut pemikiran..pedulikan kutukan orang terhadap  filem Lemak Kampung Santan kerana mereka tidak melihat dengan mata hati...mereka tidak menilai dari konteks yang lebih berat kerana kita tahu sogokkan cerita-cerita ganster,hantu,pergaduhan dan rempit yang sangat didambakan mereka. (sory,,saya masukkn sedikit  review pasal lemak kampung santan,sebab sebelum ini x berkesempatan nak tulis)

Lagipun pengarah yang merupakan kelahiran Jepun.mampu memberi satu persepsi baru pada masyarakat bagaimana cabaran Yasu Tanaka menjiwai budaya Malaysia itu sendiri kepada penonton pertembungan budaya ini akan mewujudkan serampang dua mata kepada Malaysia-Jepun dimana Malaysia memilih dasar padang ke Timur yang dilihat pada zaman Tun Mahathir adalah berjaya.

Oleh  itu, filem NOTA diharap mampu membentuk satu persepsi yang lebih serius kepada pengkarya dalam mengangkat sesuatu tema dan mampu mencambah pengetahuan kepada masyarakat. Apa yang saya mahukan sekiranya filem ini dapat memberi satu elemen realiti seolah-olah benar-benar berlaku.
Adegan yang nampak panas...mungkin x keterlaluan

2.  Gandingan pertama Aktor dan Actress yang sangat powerr dalam era perfileman iaitu
    Maya Karin dan Hans Issac

       Berapa puluh filem yang mereka berlakon belum satu pun mereka pernah digandingkan..
Hans Issac  merupakan hero filem sejak dari zaman 90 an lagi dimana kebanyakan filem lakonan       nye mampu menarik jumlah penonton.Hans Issac tidak berhenti dizaman kegemilangan filem tahun   95 dan keatas tetapi di era tahun 2000 juga Hans issac banyak melakonkan filem-filem yang pernah mencatat kutipan tertinggi pernah digandingan dengan Nasha Aziz, Erra Fazirra dalam beberapa filem juga dikhabarkan sebagai gandingan yang hebat kerana dua-dua mempunyai aura tersendiri dalam lakonan mereka. Saya rasa kalau bukan Maya Karin sebagai heroin dalam filem ini, aktres  kedua sesuai untuk ditempatkan sebaris dengan kredibiliti Maya adalah Nasha Aziz disebabkan lakonan Psycology Nasha Aziz dalam filem Trauma dan Puaka tebing Biru adalah sangat berjaya.



Seterusnya Maya Karin adalah perlakon yang mula mendapat perhatian pada lakonan hebatnya dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam. Maya karin memulakan lakonan dilayar lebar dalam filem No Problem dimana ketika itu Maya masih kaku dalam lakonan. Selepas 5 tahun, Maya berjaya menghidupkan lakonan nya sebagai Pontianak mungkin kesabaran dia mengikuti kursus lakonan membuatkan dia memenangi pelakon wanita terbaik di Festival filem di Spain itu merupakan penghargaan yang tidak disangka-sangka olehnya. Selepas itu dia selalu digandingkan dengan Rusdi Ramli dan Farid Kamil dimana kesemua lakonanya berjaya dengan karakter berlainan jadi gabungan Maya Karin dan Hans Issac adalah bertepatan kerana kedua-dua mempunyai pencapaian yang berjaya. Petaruhan ini membuatkan mereka sebagai gandingan yang mantap dan wajar ditonton oleh penggemar movie tempatan pada era 90 an dan keatas.


3. Menggunakan Taman Negara Bako, Sarawak sebagai  latar filem

 Bagi saya ini merupakan pertama kali, seumpamanya  latar filem malaysia menggunakan Taman Negara Bako, Sarawak sebagai lokasi pengambaran. Sebenarnya tanah Borneo merupakan tempat yang paling bagus untuk didedahkan sebenarnya. Selain Sabah yang rancak dengan dokumentari untuk produk Antarabangsa, Sarawak perlu dipaparkan kepada masyarakat bertapa cantiknya khazanah borneo. Selama ini,kita sering melihat kebanyakkan lokasi pengambaran dibuat di area Terengganu, Langkawi serta Cameron Highland. Acap kali dipaparkan latar membuat penonton bosan. Kali ini, pemilihan lokasi adalah daya penarik filem ini untuk mendapat kutipan pecah panggung.

4. Dialog yang dapat Menangkap Jiwa
"Langit bertemu laut disitu tempatnya" 

..apa yg disampaikan dari sepucuk Nota tu?

5.Visual Sinematografi yang Indah
Tengok jjer

visual yang terpampang dalam Nota sudah semestinya pengarah mempertaruhkan sinematografi yang sememamng nya cantik apabila penggunaan establish shot yang berskala besar dan gambaran dilautan biru dan bot dinaiki Maya sungguh mempesonakan dan elemen silheaulte..macamaneh tah eja semasa 
babak romantik Hans dan Maya dibiaskan cahaya senja menampakkan bayang..superb scene semasa jari maya menyentuh akuarium..close-up shot yang sangat memberi persoalan sycology.

Diharap filem ini mampu menerjah ke beberapa negara asean seperti Indonesia dan Thailand yang kini kita tahu filem-filem mereka kini semakin mendapat perhatian Antarabangsa..dari aspek cerita dan aktor..yesss..lepas ney saya nak kena pergi tengok movie ney kat panggung lah.

Nota diterbitkan oleh 42nd Picture akan ditayangkan 13 Ogos 2015 ini..

3 comments:

Unknown said...

Sy belum pernah menonton film melayu dkt panggung.tapi film sy mesti tgk sbb dah lama mahukan gandingan hans dan maya..baca sinopsis cerita pun nmpk menarik.

aziqdaus said...

Menonton filem ini.terkesima. sinematografi, dialog, lakonan mantap maya n hans serta plot cerita yg cukup kuat.belum pernah saya menonton sebuah filem melayu sbegini. 5 bintang.

siti hazreen said...

saya dah tengok filem ni. Memang suspen betul. sinematografinya osem sangat!