...

Tuesday, July 28, 2015

BBB STORY 25 JUNI 2015 Chelsea&Glen~recap malaysia fan review

Group BBB pada era debut mereka..

Salam semua ok berapa lama lar jugak baru nak update entry terbaharu..actually ada entry raya tapi ditangguhkan..k kalu nak tau saya mengalami denggi..semasa puasa...ari tur..jadi masa sakit tu..sampai tepikir nak tutup blog..ney..tapi x wat pun..n ada entry raya..buat pun masa baru nk sembuh...saya tak up entry..tu sbb masa tu masih x berapa sihat..n nk post masa pas raya pun mcm da ketinggalan so x jd nak up entry raya..

Chelsea sangat cantik dan karakternya sangat menyenangkan dalam BBB_Story
kepada ahli-ahli yang lebey berusia
                   
K berbalik tajuk..setelah beberapa minggu yang lalu saya ada ceritakan pasal BBB_Story klik title tuk ke link BBB Story..kisah group nyanyi..yg memang cambest lar program kalu diruang lingkup tempatan..dan saya ada membuat beberapa review yang kurang pada program ini..dan ada juga pujian yang kalu disana boleh jer dikatakan "harus diberikan jempol"tanda sangat bagus..

Update episode 25Juli BBB_Story ianya lebih tertumpu kepada kisah Chelsea yang akan berkahwin dengan pasanganya Glen..pasangan yg sama cantek sama padan ney mengalami emosi memilih konsep perkahwinan..apapun kembali.blogspot mengucapkan semoga kalian berbahagia..jangan sedih-sedih..chelsea yer...hahaha...tulis jer walaupun mereka tak baca wish saya pada ari ney..yer lar durang kan selebriti dari seberang..hahaha..

Scene yang paling bestt...utk episode 25July

Visual/Teknikal
Apa yang saya perasan sebelum ney saya ada memberi sedikit kritikan kepada gerak  kerja mereka terutama dari sudut visual..nampaknya produksi untuk BBB_Story..mula menampakkan hasil yang semakin bagus terutama gerak kamera yang begitu natural..penggunaan hand heal yg steady...dan memberi penonton emosi secara langsung dan mudah dihadam..mungkin bley saya katakan episode kali ini menampakkan satu rising plot yang sangat menarik bagi para penonton  dan memberi perasaan sangat senang dan aman apabila..masing-masing ahli2 BBB bekerjasama dengan baik tanpa drama-drama dan pergaduhan sesama ahli...kalu kat Malaysia kita panggil Propa larh..kat sana guna ayat drama-drama yang selalu diucapkan ayushita..
Team BBB_Story
Lucu/Lawak
Episod kali ini seperti cukup rencah apabila mengenali identiti si Raffi Ahmad ney..Raffi neykalu korang tgk rancangan kendalian dia memang bingit..sakit telinga..tp dengarnya dia seorang  sngt entertain..sebabkan dia lar Chelsea nangis..n dia kononnya memberi advise tentang perkahwinan Chelsea berkenaan persediaan..tapi tak memahami dalam banyak hal..disebabkan dia disponsor seperti kata ayu...part tu memang lawak..karakter ayu memang slumber bila berkata-kata meleraikan perasaan sedey kita kepada chelsea..menjadi gelak ketawa. Selain itu sewaktu Dimas n Raffi pergi berjumpa Gleen..Rafii punya lar kat belakang cerita nak selesaikan dengan Glen tentang mjlis Chelsea..last2 dia x berani cerita n pas kat Dimas..selepas melihat gelagat Raffi saya terpikir mungkin kalu ada Almarhun Olga mungkin dapat menutup mulut Raffi yang memberi pendapat agak pelik dan aneh tur..kepada dimas dan Ayushita..hahaha..

Dimas sangat baik dengan rakan-rakan dan  perasaanya agak becelaru terhadap Bella.
Kini Bella sibuk mempromosikan filem terbaharu Surga yang tak dirindukan
 yang kemungkinan bakal Box Office kerana dari penerbit Ayat2 Cinta

           
KarakTer BBB_Story
Kali ney karakter Dimas..agak saya suka kerana sebelum ney dia suka mencetuskan konfrontasi..tapi kali ini dia sangat baik dan banyak membantu rakan2..n seronok bila dia rapat dengan Raffi..sebelum ney nampak dia selalu jelous dgn Raffi tu..good job Dimas...untuk episod kali ney x de Bella...Melly dan Anton..sekian dari saya

Ok lar.. itu jer utk kali ni..sy upkan beberapa gambar via BBB_Story kredit utk mereka...adakah majlis perkahwinan Glen dan Chelsea akan ditayangkan di BBBStory..dan dapatkah mereka di sponsor seperti Raffi

Chelsea dan Glen semoga berbahagia ~Malaysia Fans

Monday, July 6, 2015

Siri Heroes kembali dengan Heroes Reborn~ review malay


New era Heroes Reborn musim baharu kredit by NBC
Heroes..sape yg tahu pasal siri ney..saya merupakan dikalangan penonton yg tengok cerite omputih..pernah ditayangkan di saluran star world dan TV3 ..walaubagaimanapun citer ney x abis tayang tergantung di siri ke4..sy ney selalu tonton siries hollywood..yang asyik tergantung n tak de sambungan..cth macam tera nova dan Lain-lain..memang nasib saya lah meminati cerita yg tidak dpt diteruskan tayangan..kemungkinan kerana ranting penoton dan jalan cerita..yang semakin lama..semakin becelaru..kepada emosi penonton..begitu lah yang berlaku kepada Heroes..then selama 5 tahun menunggu...akhirnya Heroes Kembali dengan tajuk baharu iaitu Heroes Reborn..so saya rasa Excited..almaklumlah biar ada daripada x de kan..sengsara kot kalu tengok cerita yg tak abis..n tergantung..perkara ini akan membuatkan kita frustt menongeng!!hehehe

Heroes bagi saya sebuah siri english yg memang mempunyai keunikkan tersendiri..dari segi pengceritaannya ingin mewujudkan kisah terpencil masyarakat yg mempunyai kuasa luarbiasa dihasilkan secara realiti tidak perlu berpakaian superhero dan anda mempunyai ability itu, keupayaan seperti terbang oleh nathan petreli dan adiknya peter.

Kalu siapa-siapa mengikuti siri kegemaran ini memang akan perasan cerita ini memang best dari X-Men atau cerita Supehero marvel yang len seperti Avenggers kerana kebanyakkanya terhasil dari imaginasi komik.Heroes ingin mewujudkan kisah yang seakan benar-benar berlaku didunia kita. Ini menjadikan Heroes bagi saya adalah series yang super awesome.
Recap: Peter Petrelli watak paling menonjol mempunyai keupayaan semua kuasa dimulai dengan kuasa terbang, bertentangan dengan karakter ibunya iatitu Angela Petrili yang mempunyai kuasa misteri maybe kuasa naluri yang kuat.

Hiro Nakamura seorang nerd yang mampu memanipulasi masa kehadapan..dan ke era zaman dahulu,


Teraju utama Mohinder yaang mengerakkan perjalanan Heroes..saya akan suka kalu watak ini hanya seorang doktor yang membuat kajian dan tiada apa-apa kuasa..tetapi karakter ditonjolkan Heroes adalah sebaliknya.

Hiro Nakamura ..bley memanipulasi masa ..membaca kata hati Matt Puckerman..mempunyai kuasa penyembuhan cepat claire bennet..maya yg boleh meyerap tenaga sehingga mati semua dirangkumkan dalam kajian Mr Suresh..seorang doktor kajian berkenaan genesis..sangat dekat dihati penonton kerana mengabungkan kisah fantasi dlm realiti kajian yang seakan bila kita terbuai dlm penceritaan merasakan kajian itu adalah benar-benar berlaku.Namun Heroes mula berlaku kecelaruan apabila ia melibatkan faktor-faktor lain seperti ras, politik,virus dan pelbagai lagi membuatkan Heroes mula mendapat kritikan..Sehinggakan Tim Kring tidak dapat meneruskan siri ini yang memasuki ratusan episod apabila NBC syarikat penyiaran TV luar negara tidak berkeinginan untuk sambung rancangan ini bagi musim ke 5.




Antara karakter baru mengantikan perlakon2 lama heroes macam x best jer sbb masih suka karakter lama.

Apa yang membuatkan saya tertarik dalam siri Heroes adalah pelakon-pelakon dipilih dari pelbagai bangsa dan lokasi di India,Jepun dan  Mexico dan semestinya US menunjukkan cerita ini mempunyai identiti sendiri. Kerana kisah dibawa nampak lebey Universal.

Selepas 5tahun peminat Heroes dapat menarik nafas lega setelah pengumuman Heroes Reborn dilakukan,walaupun tidak seperfect heroes asal kerana kebanyakkan watak asal dirombak kemungkinan pelakon tersebut terikat kontrak dengan drama lain membuatkan satu tamparan hebat bagi penghasil Heroes ini Tim Kring utk melahirkan cerita dalam bentuk baru tanpa menjejaskan siri asal..akibatnya ramai membuat spekulasi samada positif dan negatif terhadap Heroes Reborn.

Issac Mendez watak paling berkesan..dia boleh melihat masa depan melalui lukisan grafiti..namun dia hanya ada di musim pertama Heroes,,sebab tur watak ney legend
Namun beberapa karakter lama dihadirkan semula mungkin serba sedikit membantu peminat untuk trus menonton Heroes Reborn ini dengan first pilot bertajuk Aurora membuatkan saya tidak sabar menonton. Gambaran seorang kanak-kanak yang boleh memanipulasi Aurora agak menarik.

Take a look teaser Aurora yang dikatakan pilot Heroes Reborn yang akan keudara episod pertama pada 4 September 2015.Saya tertarik dengan karakter budak kecil pompuan yang boleh memanipulasi Aurora.

Walaubagaimanapun setelah menonton trailer keexcited saya agak kurang melihat perlakon-perlakon baru agak kurang meyakinkan dengan karakter mereka dan saya masih teringin dengan kekalkan semua karakter lama tetapi ianya sangat mustahil.Mengangkat subjek dimana heroes? Membuatkan ia merupakan satu kesinambungan dari siri 4 dimana Claire telah mendeclare kepoweran dan ability kepada dunia..dan di Heroes Reborn mempersoalkan dimana mereka..maksudnya semua karakter lama dianggap heroes kerana membantu dunia pada siri pertama..yg tersangat lar best siri first tu endingnya. So nampaknya penulis skrip mampu mengekalkan plot siri heroes sendiri dengan mempunya pertalian dan kesinambungan walaupun perlakon-perlakon baru. So ape2 pun tonton je larh..Bunyi seakan redha...jer...tp kehadiran angela petrili,suresh,hiro dan Micah menguatkan brand heroes ney..dan memberi sedikit harapan untuk Heroes Reborn ini bertahan untuk siri-siri selanjutnya.

Petaruhan trailer Extraordinary among Us sebagai tajuk untuk Heroes Reborn bakal menarik peminat-peminat Heroes ditambah dengan runut bunyi Metalicca menambah perisa siri ini adakah nidji akan menyanyikan ost utk versi Asia sebagaimana siri terdahulu? 

Heroes Reborn akan ditayangkan bermula pada 24 September ini..di saluran NBC..jadi tungguu dan tonton...okey..:)

Apa-apa pun Angella petrilli ibu kepada karakter kuat  heroes dari musim lepas iaitu Peter,Nathan dan Sylar yang penuh Nostalgic..kembali lagi untuk siri baharu ini memberi sinar baru untuk  Heroes Reborn. Ini yang saya katakan dia mempunyai ability naluri yang kuat setiap yang diluahkannya sangat bahaya.Setiap heroes akan berwaspada dengannya.



Karakter-karakter musim terdahulu Heroes yang sempat menjengah ke musim ke4 Heroes..tetapi tidak semua akan keudara di Heroes Reborn yang adapun mungkin Cameo. Sangat rindu semua karakter ini.






Thursday, July 2, 2015

4 Faktor Menarik Nota filem yang harus anda tonton Ogos Ini~ Trailer Review


Saya suka poster  Nota ney tanpa menempelkan muka perlakon cukup
menampakkan  menarik dan natural 
Salam Ramadan...sedar x sedar da masuk hari kelimabelas kita menunaikan ibadah puasa..mmhh amacam puasa kurank...hahaha masing2 da dewasa..mesti lar x der problem kan...melainkan kalu berfamily...ada anak-anak nak kena melayan kerenah durang berpuasa lar kan..ok r..straight to de point ..

Nota..yer 'Note' apa yang u all tau tentang Note...bukan death Note yer anime japan tur ...tapi 'Note 'dari filem Malaysia sendiri yang bertajuk Nota..adakah Nota ini adalah Nota pembunuhan didalam konflik pasangan didalam filem ini iaitu Maya Karin dan Hans Issac.Hah Maya dan Hans ...gandingan first time yg paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia..ye lar obcouse kita akan pikir pembunuhan kalu melibatkan genre psycology(my expectation sebelum tonton)

Apa yang membuatkan filem ini menjadi tarikan saya untuk diwarwarkan kepada anda Semua ke panggung bagi menonton Nota ini...

   Kredit to 42nd Pictures


Saya telah pun menonton trailer Nota ini (kalu belum tonton boleh play trailer kat atas). Memang Awesome..suka tengok semasa scene jari menyentuh Akuarium ikan..tu, n nak tahu sangat kenapa camtu.. Yupp, Tanpa membuang masa saya senarai 4 pekara awesome pada pandangan saya kenapa anda dan saya perlu menonton Filem Nota..

1.  Arahan Yasu Tanaka

        Saya begitu yakin dengan penulis filem ini iaitu Yasu Tanaka. Mungkin kedengaran asing tetapi tahukan anda Yasu Tanaka merupakan seorang penulis skrip bertajuk Lemak Kampung Santan yang bagi saya adalah filem terbaik yang pernah saya tonton dari segi plotnya.

Walaupun filem itu becorak seakan fantasi,  namun dapat memberi gambaran realiti seakan benar-benar kejadian itu berlaku. Ianya berkenaan tanah rizab melayu dan dimasukkan tentang urusan diraja dan lain-lain amat menarik sekali mencetuskan satu keunikkan tersendiri dari sudut pemikiran..pedulikan kutukan orang terhadap  filem Lemak Kampung Santan kerana mereka tidak melihat dengan mata hati...mereka tidak menilai dari konteks yang lebih berat kerana kita tahu sogokkan cerita-cerita ganster,hantu,pergaduhan dan rempit yang sangat didambakan mereka. (sory,,saya masukkn sedikit  review pasal lemak kampung santan,sebab sebelum ini x berkesempatan nak tulis)

Lagipun pengarah yang merupakan kelahiran Jepun.mampu memberi satu persepsi baru pada masyarakat bagaimana cabaran Yasu Tanaka menjiwai budaya Malaysia itu sendiri kepada penonton pertembungan budaya ini akan mewujudkan serampang dua mata kepada Malaysia-Jepun dimana Malaysia memilih dasar padang ke Timur yang dilihat pada zaman Tun Mahathir adalah berjaya.

Oleh  itu, filem NOTA diharap mampu membentuk satu persepsi yang lebih serius kepada pengkarya dalam mengangkat sesuatu tema dan mampu mencambah pengetahuan kepada masyarakat. Apa yang saya mahukan sekiranya filem ini dapat memberi satu elemen realiti seolah-olah benar-benar berlaku.
Adegan yang nampak panas...mungkin x keterlaluan

2.  Gandingan pertama Aktor dan Actress yang sangat powerr dalam era perfileman iaitu
    Maya Karin dan Hans Issac

       Berapa puluh filem yang mereka berlakon belum satu pun mereka pernah digandingkan..
Hans Issac  merupakan hero filem sejak dari zaman 90 an lagi dimana kebanyakan filem lakonan       nye mampu menarik jumlah penonton.Hans Issac tidak berhenti dizaman kegemilangan filem tahun   95 dan keatas tetapi di era tahun 2000 juga Hans issac banyak melakonkan filem-filem yang pernah mencatat kutipan tertinggi pernah digandingan dengan Nasha Aziz, Erra Fazirra dalam beberapa filem juga dikhabarkan sebagai gandingan yang hebat kerana dua-dua mempunyai aura tersendiri dalam lakonan mereka. Saya rasa kalau bukan Maya Karin sebagai heroin dalam filem ini, aktres  kedua sesuai untuk ditempatkan sebaris dengan kredibiliti Maya adalah Nasha Aziz disebabkan lakonan Psycology Nasha Aziz dalam filem Trauma dan Puaka tebing Biru adalah sangat berjaya.



Seterusnya Maya Karin adalah perlakon yang mula mendapat perhatian pada lakonan hebatnya dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam. Maya karin memulakan lakonan dilayar lebar dalam filem No Problem dimana ketika itu Maya masih kaku dalam lakonan. Selepas 5 tahun, Maya berjaya menghidupkan lakonan nya sebagai Pontianak mungkin kesabaran dia mengikuti kursus lakonan membuatkan dia memenangi pelakon wanita terbaik di Festival filem di Spain itu merupakan penghargaan yang tidak disangka-sangka olehnya. Selepas itu dia selalu digandingkan dengan Rusdi Ramli dan Farid Kamil dimana kesemua lakonanya berjaya dengan karakter berlainan jadi gabungan Maya Karin dan Hans Issac adalah bertepatan kerana kedua-dua mempunyai pencapaian yang berjaya. Petaruhan ini membuatkan mereka sebagai gandingan yang mantap dan wajar ditonton oleh penggemar movie tempatan pada era 90 an dan keatas.


3. Menggunakan Taman Negara Bako, Sarawak sebagai  latar filem

 Bagi saya ini merupakan pertama kali, seumpamanya  latar filem malaysia menggunakan Taman Negara Bako, Sarawak sebagai lokasi pengambaran. Sebenarnya tanah Borneo merupakan tempat yang paling bagus untuk didedahkan sebenarnya. Selain Sabah yang rancak dengan dokumentari untuk produk Antarabangsa, Sarawak perlu dipaparkan kepada masyarakat bertapa cantiknya khazanah borneo. Selama ini,kita sering melihat kebanyakkan lokasi pengambaran dibuat di area Terengganu, Langkawi serta Cameron Highland. Acap kali dipaparkan latar membuat penonton bosan. Kali ini, pemilihan lokasi adalah daya penarik filem ini untuk mendapat kutipan pecah panggung.

4. Dialog yang dapat Menangkap Jiwa
"Langit bertemu laut disitu tempatnya" 

..apa yg disampaikan dari sepucuk Nota tu?

5.Visual Sinematografi yang Indah
Tengok jjer

visual yang terpampang dalam Nota sudah semestinya pengarah mempertaruhkan sinematografi yang sememamng nya cantik apabila penggunaan establish shot yang berskala besar dan gambaran dilautan biru dan bot dinaiki Maya sungguh mempesonakan dan elemen silheaulte..macamaneh tah eja semasa 
babak romantik Hans dan Maya dibiaskan cahaya senja menampakkan bayang..superb scene semasa jari maya menyentuh akuarium..close-up shot yang sangat memberi persoalan sycology.

Diharap filem ini mampu menerjah ke beberapa negara asean seperti Indonesia dan Thailand yang kini kita tahu filem-filem mereka kini semakin mendapat perhatian Antarabangsa..dari aspek cerita dan aktor..yesss..lepas ney saya nak kena pergi tengok movie ney kat panggung lah.

Nota diterbitkan oleh 42nd Picture akan ditayangkan 13 Ogos 2015 ini..