...

Wednesday, June 17, 2015

Insidious Chapter 3 Menyeramkan_Plot masih berbisa ~review

Poster yang simple ney pun dar nampak seram..
gambar entiti di langsir tingkap 
Hai semua minggu ney sy truskan review movie...almaklumlah kekadang ney kita perlu masa memilih movie apa yg best utk ditonton..saya tak tau kenapa perasaan rse sngt excited utk menonton Insidious..yg kini memasuki bahagian ke 3 atau Chapter3..berbanding movie2 len penerbit atau creator cuba mengambil tajuk yg istimewa dr Movie2 sedia ada...penggunaan ayat seperti   Insidious:Chapter2 seterusnya ke Chapter3 memberi keunikkan sendiri kerana kebiasaanya penggunaan ayat ini biasa digunakan dalam mana2 bentuk naskhah penceritaan buku atau novel..penerbit cuba membuat kelainan dengan mengaplikasi style ini kepada  tajuk kepada filem..tak hairanlah jika sesebuah penghasilan filem bermula dengan naskhah penulisan..sengaja atau kita tidak tahu..mungkin penggunaan chapter tu sudah terhasil dlm penulisan semasa proses pra produksi lagi..



Ok first impressiion saya..sngt yakin dengan plot yg dibawakan penulis yang juga sebagai pengarah untuk kali ini..berbanding  2 filem sebelum iaitu Insidious dan Chapter2  ditangani oleh James Wang..Adakah dengan penukaran kerusi pengarah akan merencatkan filem ini sebagaimana yang berlaku keatas filem spin off Conjuring iaitu Anabelle..saya tidak befikir begitu..entahlah utk Insidious ney saya begitu merasakan ada pekara yg belum habis diceritakan sepanjang 2 sequel telah berlangsung..Mengharapkan sesuatu yang memberikan kepuasan kalu tidak pun filem yang masih baik dlm pembikinan cerita hantu sequel..akhirnya saya dapat semuanya dalam cerita ini..pengarah berjaya mengekalkan konsep insidious dari corak penceritaan dan konsep ternyata tidak keluar landasan filem ini..selain itu anda akan terima beberapa hal yang belum diceritakan sebelum ini tetapi berkaitan dengan cerita terdahulu..walaupun kisah keluarga dihantui pada dua chapter sebelum ini..tidak diceritakan..Ternyata tiada kerisauan saya terhadap filem.ini...sebelum ini pengarah yang sentiasa dibernaung sebagai penulis skrip dalam mana2 filem kendalian James Wang mampu dan tahu mengendalikan keaslian plot penceritaan..


Chapter 2 ditekankan tentang kisah Ellie yang kita semua sudah tahu mempunyai kelebihan berhubung dengan roh kini merupakan tonggak utama kisah ini berbanding film sebelumnya..dia cuba mnyelesaikan masalah ganguan sesebuah keluarga dan cerita lebey tertumpu kepada keluarga tersebut ..di Chapter 3 Ellie digambarkan hilang keyakinan membantu orang yg mengalami masalah ganguan roh..keinginan utk menolong Quinn bertambah buntu setelah terpaksa melawan roh jahat pada Chapter2..yg cuba membunuhnya tetaapi gagal..sebenarnya roh itu telah membunuhnya sebagaimana telah dijanjikan pada chapter2..jadi Chapter3 adalah kisah sebelum berlaku kematiannya.Namun dia tidak berputus asa melawan ketakutan lalu trus membantu Quinn..
Ellie semasa di alam roh

Penceritaan yang sukar dijangka adalah pertemuan Ellie dengan Team Paranormal..yang menguatkan kembali Insidious sebagai suatu cerita dan saya perasan Ellie memakai baju kontra menunjukkan keceriaan dan kebangkitan dia keluar dari trus bekurung dan melawan Roh Jahat. Pada Insidious bahagian 3 ini juga sedikit elemen lawak yg tidak keterlanluan dimasukkan menjadikan filem ini sedikit berbeza terdahulu..tahniah pembikin filem ini.Kepada yang tonton try r tgk pasti tak mengecewakan..kepada yang baru menonton masih boleh memahami jalan cerita dan tidak perlu risau dengan kisah2 insidious sebelum.

Cuma saya tertunggu-tunggu style keluarnya text title yang mengejutkan bertulis Insidious seperti filem2 seram Jame Wang yang tidak terdapat pada Filem ke 3 ini..so x pe lar..benda tu hal minor..yg penting pembikin filem ini tak mengecewakan saya sebagaimana filem sequel seram lain yg bagi saya dar x de modal nak diceritakan tapi tetap buat dengan konsep recycle seperti Paranormal Activuty..Poltageist..n cter apatah lagi satu yg hantu dari rakaman bnyk2 pembunuhan dalam satu rumah pun recycle..

Hantu cerita dalam ney juga bley tahan aksi seramnyer yg jarang dapat kita bayangkan..macam mana entiti itu mengejutkan sbelum ini Insidious menunjukan bayangan seram wanita bebibir merah dan bergaun..kali ini sosok lelaki hantu yg menyeramkan segelintir penonton..dan sound effect serta lagu seram dikekalkan masih  terbaek telah menjadi hak cipta kepada filem ini yang boleh didownload di mana2 pay soundwebsite..saya boleh memberi 4 bintang dari 5..sekian

No comments: