...

Thursday, June 4, 2015

BBB Story Keluarkan Single BBB ~review Bukan Bintang Biasa

 Pernah kah anda mendengar tentang BBB yang kini di tayangkan at Trans TV, kepada yang mengikuti filem-filem dari seberang seperti Apa Ada Dengan Cinta, Tentang dia, Love is Cinta, Heart yang popular pada awal tahun 2000 dan tahun-tahun berikut bukan sahaja menikmati filem tersebut tetapi terbuai dengan lagu-lagu runut filem tersebut. BBB iaitu singkatan dari ayat Bukan Bintang Biasa juga antara menjadi popular ketika itu.


Disebabkan Wikipedia BBB story takde... saya x de sumber...kerana tu saya up entry neyh.. jadi tulisan  ini bedasarkan pengetahuan saya.  BBB atau sebutan Be’Be’Be’ di indonesia merupakan group nyanyian yang diujibakat oleh penulis lirik dan komposer popular diseberang iaitu Melly Goeslow dan Anto Hoed menjadi satu fenomena pada tahun 2008. Mereka dikenali kerana kepopularan lagu-lagu nya seperti Lets Dance Together, Jangan Bilang Tidak, Putus Nyambung dan banyak lagi sehinggakan menghiasi kesemua karaoke box di seluruh Malaysia dan Indonesia. Kerana itu BBB menjadi suatu kenangan manis kepada sang pencipta lagu dan ahli-ahli group. Lebih-lebih lagi setelah tamatnya group ini mereka masing-masing berjaya membina kerjaya yang lebih besar dalam industri hiburan Indonesia. 

Program muzikal
Walaupun begitu, Melly adakala menjemput mereka bergabung ke acara nyanyiannya sebelumnya. Kerana keakraban mereka serta kedewasaan mereka mewujudkan satu keunikkan tersendiri untuk menerbitkan sebuah program muzikal  yang dinamakan BBB  story. Rancangan berkonsepkan realiti show ini, bagi saya sesuatu yang segar bagi tontonan tempatan memandangkan konsep seperti ini seringkali dibuat di Hollywood dan apabila dihasilkan negara-negara lain atau negara sendiri ,orang akan cakap dan mengutuk produk kreatif seperti ini..ada yang cakap suka meniru lah, tak ada originality lar dan macam-macam lagi. Pendekatan selamat dibuat dalam BBB story adalah menyatukan dan menjenamakan balik BBB supaya serba sedikit dapat menyanggah pandangan skeptikal terhadap idea-idea syok sendiri, meniru jalan cerita dan sebagainya.


Group BBB sekarang..Bella pun dar pakai Tudung..
Dahulu di Malaysia ada dua tiga program nyanyi cenggini  siap yang filem pun ada, seingat saya yang popular adalah Hotel Maniam.....heheheh hotel mania...lah...semua ini kerana tarikan yang sering dibawa oleh produk luar..dan Malaysia ingin mencuba.Tertiba tepikir ChiChi dan ChaCha pun bley menjadi program hiburan yang bagus dari malaysia tapi x bley nak banding sebab yang tu program kanak-kanak mestilah ada muzikal kan..

BBB story Identiti dan perbandingan
Jika dibandingkan program BBB  Story dengan Glee Project,Glee Project  adalah muzikal yang mempunyai format tersusun dan merupakan sebuah pertandingan mencari  personaliti dan bakat MTV(MuzikTv/Video Klip).Pedekatannya sangat menarik apabila pihak produksi menghasilkan situasi program itu ada persamaan dengan siri Glee dari setup latar serta nyanyian live para peserta diiringi muzik sangat menarik.

Adakah ianya bersamaan dengan BBB..sebenarnya tidak sama sekali dan berbeza, Ini kerana BBB merupakan kisah kehidupan 5 orang artis yang disatukan dalam group nyanyian. Kisah belakang tabir ini adalah persedian mereka merilis single terbaharu dan kemungkinan filem kedua mereka dengan menjenamakan kembali produk BBB


Glee project yang lebey kurang sama latar seperti dalam Glee tapi sesapa yang minat rancangan ney tak pasal2 kena troll teringat film lawak 22Jump Street dok mengejek ceghite ney.. memanjang hahah..
ye lar kisah hot guys n girl..kita pun geli geleman..sebenarnya
BBB masa zaman dulu..
Teknik dan elemen
Apa yang menarik setiap episod diakhirnya  atau semasa tayangan diselitkan lagu-lagu popular Melly yang dinyanyikan oleh artis secara langsung melalui rakaman episodnya. Lagu dimainkan terus oleh komposer, elemen Diegitic sound ini menjadikan BBB story mempunyai  daya tarikan dan originality tersediri.

Dari segi teknikal saya merasakan kekurangan dari teknik kamera hand-held menampapkkan sedikit jitter dan kurang kemas. Seharusnya mereka boleh belajar gerak kerja kamera program  realiti tv Malaysia yang lebih bagus. Disamping elemen sound yang agak keras dimasukkan semasa berlaku nyer konflik ala2 drama juga adakalanya menggangu.Tak nampak natural.
pembikinan BBB story..kredit pada gambar

Jadi jangan lupa..menonton BBB Story setiap Sabtu, 6Petang, hanya di Trans TV
(hehehe...dapatker tgk kalu astro bintang beli program ney..dapat ler tgk yer x..hahaha)

Salam... :)

No comments: