...

Saturday, May 30, 2015

4 Rahsia Troli Pasar Raya Mydin Giant Tesco Aeon dan Aeon Big

Hai Netizen-Netizen sekalian.  Bila diberi ruang untuk mencoret, apa tunggu lagi, i have to grab this opportunity. Pertama sekali, terima kasih kepada tuan tanah blog KEMBALI ini kerana sudi menghulurkan kad jemputan menjemput saya menjadi sebahagian daripada keluarga KEMBALI. Saya bukanlah orang hebat..Saya hanya rakyat marhaen yang hidup dalam kedamaian dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta dalam mencari Redha Allah S.W.T.

Saya muda setahun daripada tuan tanah blog ini...Eh TeRTiBe LAK. Teman dah 15 tahun bermastautin di Perak. Nama kalu ikut IC tertulis Mohd. Fitrey Ezham Bin Mohd Isa. Tak payah lah cerita panjang-panjang pasal diri teman. Takut tuan tanah marah. Apa topik nak teman persembahkan pada kome di post pertama teman ni ya? Fikir punya fikir, tiba-tiba teman ada idea nak cerita dengan mengkome semua pasal TROLI. Kenapa Troli? Tak ada ke topik yang menarik sikit? Sebelum tu kome semua tahu ke apa tu Troli. Moh rapat-rapat kat teman sebab teman dah nak mula menglipur lara.

Ini lah TROLI

Kome semua mesti biasa pergi pasaraya kan. Mustahil lah kalau mengkome tak pernah menjejakkan kaki ke Giant, Mydin, The Store, Tesco, Aeon, Aeon Big dan banyak lagi lah pasaraya-pasaraya kat Malaysia ni. Troli ni sebenarnya memudahkan kome menghabiskan duit yakni membeli belah di pasaraya. Bayangkan kalau tak ada troli, mesti pelanggan-pelanggan dah merampoih (marah) sebab macam mana deme nak angkut barang yang deme beli bebanyak tu. Tak kan nak pikul hoi hoi ya hoi atas bahu sorang satu pulak kan. Teman nak kongsi sikit 4 rahsia berkenaan troli ni yang mengkome di luar sana kebanyakannya tak tahu.

Pertama
Kome sedap je tolak troli ni kan bila shopping. Tapi kome tau tak, sebiji troli yang ada di pasaraya tu harganya berapa? Kalau nak tahu, harga seunit troli adalah sekitar RM180 hingga RM200 seunit. Mahal juga kan? Sebab itu ada sesetengah pasaraya mengambil langkah keselamatan  dengan buat sistem token untuk mengelakkan troli tersebut lebuh(hilang) dicuri atau dibawa pulang oleh pelanggan yang berdekatan dengan pasaraya. Pelanggan perlu beli token sementara berharga RM1 untuk menggunakan troli. Selepas digunakan, pelanggan boleh menebus kembali wang RM1 selepas memulangkan token di kaunter khidmat pelanggan.

Kedua
Pernah tak bila pergi shopping, sambil-sambil tolak troli ke dalam pasaraya, kome terkena renjatan elektrik (orang Melayu kata syot karen)? Keadaan ni biasa berlaku apabila pelanggan yang baru tiba di parking kereta dan di sepanjang perjalanan, mereka menggunakan pendingin hawa (aircond) untuk menyejukkan badan. Ini telah menyebabkan suhu badan berubah dan menghasilkan cas-cas negatif. Selepas turun daripada kereta, lantas mendapatkan troli yang lama terjemur di luar pasaraya. Didapati, situasi tersebut menyebabkan mereka terkena renjatan elektrik yang lemah apabila kulit tersentuh di bahagian besi troli tersebut.


Ketiga
Kome perasan tak ada sesetengah pasaraya mengambil pekerja-pekerja asing. Secara ringkas, ada sesetengah pekerja asing yang tinggal berdekatan dengan pasaraya mereka bekerja. Oleh itu, deme pekerja-pekerja asing tersebut yang mana tak berapa nak baik, bawa balik 3-4 biji troli balik ke hostel deme. Untuk apa? Deme buat ampaian baju. Keliling-keliling troli tu habis deme sangkutkan pakaian-pakaian deme untuk dijemur.

Keempat
Ni lagi kreatif. Ada sesetengah pekerja pasaraya di aras jualan pakaian, akan menggunakan troli tersebut sebagai tempat melipat baju. Situasi ini jarang kome dapat lihat sebab aksi mencabar ini dilakukan selepas pasaraya ditutup dan dalam proses kemasan oleh pekerja-pekerja. Tak ada la mencabar mana pun. Pekerja-pekerja ni kreatif. Deme ambik kotak-kotak yang tak digunakan dan deme leperkan menjadi seperti alas. Alas kotak tersebut akan diletakkan di atas permukaan troli maka terhasil lah sebuah meja mini beroda. Apa lagi, kerja lipat melipat baju akan lebih mudah.

Cukup lah sampai di sini ya. Teman tak ada idea nak mencoret lagi. Diharap, sedikit sebanyak kome dapat lah juga sikit-sikit info daripada teman. Kadang-kadang, info-info yang macam ni pelik tapi menarik dan kita akan teruja bila dapat tahu. So, nak yang lebih lagi. Silakan tunggu entri teman yang tak seberapa di masa akan datang. 

pss~ Tuan tanah teman dar marah pown  :P



Friday, May 29, 2015

5 PanduaN Mudah Elak dari PenceroBoHaN CybeR


           Bersambung dengan entry sebelum ney...kita bagaikan 'no signal' dalam mentafsir beberapa hal berkenaan sesuatu tulisan diala mmaya..masalah berlaku disebabkan sesuatu pekara yg disampaikan secara bertulis bersifat satira dan lain2 lg..penuh dengan elemen2 subjektif ..ini membuatkan tindakkan berlandaskan undang2 sukar dilakukan..mungkin menjadi sebab undang-undang dibawah akta hasutan memerlukan penelitian yang sewajarnya.. Tidak hairanlah ada kes2 sensitif belum dpt dikenakan  tindakkan sesulan yg membuat masyarakat prihatin lagi sensitif...kecewa dengan keputusan undang-undang.

Walaubagaimanapun kepincangan telah berlaku kerana dunia maya... akta yg dilaksanakan itu masih dlm proses samaada dimansuhkan ataupun tidak tetapi yang pasti PenCEROBOHan CyBeR adalah satu JENAYAHHHHH!!!

Berikut simple panduan dari saya..cara mengelak dari anda Diceroboh oleh Penjenayah Cyber ini...

1.Pastikan Destop/Pc/Laptop/Mac/Ipad/Tab/Android/Phone/Macbook/Window anda di
Passwordkan/Dikunci dgn kata laluan anda.

Check kekuatan password anda disini yerhh..
-Biarlah anda sendiri mengetahui dan ianya adalah hak milik sepenuhnya bagi anda..ibarat identiti anda begitu juga..dgn segala elektronic device milik peribadi anda..

-Pastikan sekurang-kurangnya ada 8 KARAKTER (Mesti bentuk huruf Besar n Kecik icampurkan)

PERINGATAN Anda perlu sentiasa betukar sebaik-baiknya 6 Bulan SEKALI..wokeyyhh

uNTUk menentukan Password anda selamat atau tidak anda boleh check kat bawah ney Hokey

Password Checker: Using Strong Passwords | Microsoft




2.Pasangkan Antivirus pada pengkomputeran anda dan juga Internet Security..

-Ini dapat mengelak dan menghapuskan virus yang mampu merosakkan sistem komputer anda ini dan sediakan farewall yang bg cth weekdefender..x silap..Berhati-hati dengan akses muat turun percuma ditawarkan..dan juga berhati2 jika terkeluar popup dan lain-lain..Sekiranya x de Antivirus anda bley mendowload secara percuma secara sah..pelbagai penawaran freewear yg telah disediakan...
                                     
3-Elak dr penggunaan WiFi PerCuMa
Pernahkah anda pergi kemana-mana tempat awam dan disitu disediakan WiFi percuma..anda perlu ingat Wifi yg disediakan boleh dijadikan sebagai pancing utk menceroboh..sistem komputer anda..mereka boleh mencuri segala ID anda..paailah wifi peribadi dan dipercayai.

  NO WIFI!!!!!

4. Sebaikknya anda setup On-Screen Saver pada komputer
-Salah satu langkah mudah yang rasanye sejak azali kita perlu tahu kot...obcourse lar kalu dar screen saver..org nak masuk x bley sebab ada password.

5.Jangan Masuk Laman-laman yg X senonoh dan mencurigakan..ini adalah penyebab menjadinya virus mencanak-ternak di Komputer

Slim Driver membantu dan memudahkan kita-kita yang sukar dan mengelatt untuk update pc..
6. Perlu bersiap sedia Update software dan driver untuk kesegaran dan kegembiraan serta menfreshkan segala bagai pada KOmputer,laptop anda..untuk mudahkan kerja anda boleh check benda yg perlu update kat SLIMDRIVE dengan mudah dan tenteramm..


Inilah perkongsian saya pada anda dan inilah medium yang tepat untuk saya sampaikan pada yang lain...terima kasih pada Encik Hazriq dan Encik Arron Mokhtar atas serba serbi ilmu berkenaan tekno sekuriti kepada saya..dan beberapa rakan...sekian ada prob bley sayjer anda kol talian 999 untuk membuat aduan Jenayah cyber ...agaknye cmner depa kerja yer kat sana..mesti dar macam unit Tekno yg pakaikod power macam cerita Hollywood atau  cte kdrama City Hunter kan...heee


Dah...settle dar tulisan arI NeYHHHH...
nak Pe Lagik...HapEEhhh TenGOk- TenGokkk!!! heehee

sekian...wasalam.. :)


Tuesday, May 26, 2015

BEST TOP EPIC TOPIC tHisss WEEKK!! NEW SLOT



          Slot ini akan memperkenalkan dan  menghighlinghtkan tajuk2 yang de best serta pengisian content menarik dari pembacaan saya setiap minggu..dan d inputkan kedalam Blog ini sebagai salah satu cara memberi anda pilihan pengetahuan. Selain meletakkan satu cara konsenstasi saya dalam berblog Melalui bacaan mahupun blogwalking Yg berbeza ..Top topic epic bley berlaku 2 hingga 3 list mahupun Satu list sayje bergantung kepada content yang superb dan mempunyai buah fikiran yang segar..berlainan..unik..secara mingguan Selain dpt memberitahu yang sy telah pun membacaNya sebagai kredit tok anda..insyallah saya cuba bangunkan content slot ney dengan style sendiri..Tengah nak paham html n code sebelum nk mempelbagaikan design slot supaya nampk lebey tumpuan slot ini.

Diletakkan diatas ruangan Chat Room supaya memudahkan tujuan Slot  Best Topic Epic dilaksanakan dan memudahkan pencarian anda semasa berkunjung ke sini.

Apa yang membezakan slot ini adalah perkongsian menarik oleh bacaan..Anda tidak perlu susah2 terjah ke page saya..tetapi sebaliknya  saya yang akan terjahhh ke blog anda..untuk dapatkan bahan berita dan bacaan terbaekk..ia bukan seperti blogwalking page kompetisi..yg akan ada masa dinaikkan  entry...tidak ada review just pick n klik..

Mungkin seakan sama dengan sublist  Jom Ushar...yer tapi x serupa. sebenarnya.Jom Ushar merupakan base link dimana 'Kembali' akan sentiasa tahu n update perkembangan mereka...Cuma untuk Hot Top EpiC TopiC tumpuan secara terus dari link..Komposisi tata letak slot berdekatan dengan chatroom adalah memberi laluan dengan mudah utk saya mengases ke page anda..Oleh itu anda anya menghantar linkpage  anda bedasarkan komen atau  link  rakan-rakan anda di chatrom just drop sayjer mesej d chating mahupun komen entry dalam page kembali..n jangan lupa tinggalkan link Yg memudahkan tinjauan saya ke page anda..senang lar  saya nk baca..setiap kali saya akan melawat ke page anda dan yang mana topik  de best... akan dimuatkan kat slot Hot Top Epic TopiCc.

Berikut adalah 2 Minggu Topik yg tlah saya memuat naik sebelum ini

Nobita-bukan-selamanya-salah-dalam-ujian
Apa-kaitan-lelaki-dengan-istilah
sebelum-ada-ps4
Apa-kaitan-lelaki-dengan-istilah

Secara tak langsung anda yang bertandang ke page saya  dapat juga saya sama-sama ke page topik berkenaan dan boleh berkenalan dengan owner yg hasilkan topik berikut..heee..Ini juga memberi peluang kepada bloger-bloger  melahirkan buah fikiran yang kreatif dan inovatif dalam penulisan mereka. Segala topik yang disampaikan adalah terbuka kepada semua samaada yg beri link atau secara kebetulan page2 yang tersedia di laman sesawang....yang unik dan memberi pengetahuan2 berhubung akan menjadi pilihan saya.. btw untuk memilih saya perlu singgah ke semua page yg dar diberi link..terima kasih..Saya suport u all k..Salam sayang

Blog  mana yang Epicc Awesome akan menJaDi pilihan mingguan saya di Slot untuk kali neyhh..?

Menunggu anda betandang...dalam rumah ney..sambil merenung luar jendela,,ada pun sorang datang..hehehe
hah namanyer Ceman!!! 

K dar..dar...  ku merenung luar jendela,
                            bayu Pagi Meniup Lembut...

                     Dalam perjalanan, banyak persimpangan,
                           dimana kita bertukar arah,
                                      kau lurus kekiri aku tegak kekanan,
                                                          dimana kita tersilap akan

         Aku tanya Apa Khabar... Aku tanya Apa Khabar... Aku tanya Apa Khabar



Sekian..

                
Yang Baek kita jadikan teladan, Yang buruk kita jadikan sempadan...


Friday, May 22, 2015

TUTORIAL Tranparent/Watermark pada Logo tau Design

    Kerana permintaan seseorang...saya cuba menyampaikan  entry post kali ney supaya ia lebey memudahkan dan secara x langsung dapat berkongsi dangan teman-teman lain gak..Saya tau skang ney apa bentuk design atau berkaitan secara teori dan teknikal sangat popular sekarang sebab tu kalu google banyak yang mecari. Ramai antara kita sama ada tau atau x berminat dan nak belajar.

      Berikut adalah tutorial mudah untuk buat apa-apa jenis design secara tranparent atau pun ada yg sebut watermark jugak. Kegunaan tranparent ini biasa digunakan pada website, interaktif dan page2 blog..itu merupakan antara trend design bagi produk-produk maya. Dingatkan tutorial ini dibuat oleh saya tanpa merujuk pada mana-mana tutorial atau google search mana-mana..Saya cuba sampaikan yang termampu harap dapat membantu anda..Terima kasih..
first obcourse lar bukak Photoshop..software len saya tak tau..
Second pergi File>Open pastu akan kuar  Popup Box jadi pilih lar mane gambar menjadi pujaan n nk start design..itu terpulang..then klik OK

 

Second pergi kat Photoshop Tool kalu nak tau Tool kat mane ke biasaanya akan ada belah kiri sisi screen (default) then cari Magic Eraser tool dia macam bentuk pemadam.
Third  klik Magic Eraser tool tur n  pergi kat mane-mane gambar yg plain klik kat tempat berkenaan dia akan bertindak memadam keatas tempat yg kita nak tu (diingatkan hanya berkesan terhadap keseluruhan calour plain cth putih..putih saja.kalu biru biru jer,,kalu bercampur, benda tu x pat pastikan warna yang akn dipadam.

Lepas klik akan ada macam..symbol target..ini bermakna anda telah pun klik pada Magic Eraser Tool..then pergi kat ape2 image plain dan klik at situ.


TadAAA!! Siap dan save kepada format type Png atau Gif k...


Cara-cara save pergi File>Save As pastu namakan file anda dan pilih format Png yg terdapat at senarai Format.
Nt pas tekan Save akn kuar PNG Option ney so pilih None n Ok
Siap!!!.. bley r anda check balik dimana bahan yang anda save tur..pakai image tu and upload lar kat mane2 page

Selain langkah diatas,  Berikut  Pilihan lain, untuk anda yang ingin memulakan design bagi transparent ney...buat macam mula2 jugak File>New pastu kuar Poppup Box..then setting saiz dan pilih transparent seperti cth gambar at bawah..t Photoshop akan sediakan working plate transparent..setelah siap save seperti langkah sebelum ney..ok


K nak pastikan plate itu kosong atau tiada apa2 background atau kaler background menganggu..anda check jer background dia petak-petak macam paper dam atau chees.. maknanye tu dar mood tranparent r. 


Itu jer dari saya..benda ney x de pantang larang..jadi jangan takut mencuba..n ramai dar pandai buat benda ney. Saya cuba share kan melalui step sy sendiri.Heeee

Sekian..

Huiiii....Rasa nak wat Kompilasi lagu seseorang gak..tapi dia mintak royalti so ak bagi penumbuk jer...sape suh ko nyanyi2 kan..ok tunggu kalu dapt kumpul material cover dia yg tgh syok sendiri.Siapa Yeh??


Monday, May 18, 2015

BEST TOP EPIC TOPIC tHisss WEEKK!!

        Sudah menjadi simptom..bila beberapa bloger yg berdomain or tak, sama2 berkongsi link n senarain list page bg memperkenalkan bloger2 len sebagai usaha berkongsi idea n pendapat dan saling bantu membantu tahniah pada inisiatif2 seperti Maria Firdz yang tidak lokek dgn menghidangkan list2 seperti dilakukanya dan ekceli ada jugak group yg bertujuan kearah sama tp sy blum survey atau mendapat verifakasi tentang pekara ini seperti EFG n ada lagi bbrp blog2 lain mepunyai inisiatif memperkenal jiran2 blognye..insyallah satu hari nt nk tau jugak efg tu menatang hape nk kena fahami mcm mne ia berfungsi..dan  lain2 lagi..
~This ist me My Marqquete~
(Bukan hiasan tau tp penat wat benda neyh, tetiba rasa nak wat lg )
Well gamba ka atas memang x kena dengan topik hahahha...hokey,,sambung,,,Selain itu perhubungan maya juga bley dpt lihat dr bloger2 popular dan mndpt pengaruh besar turut berkongsi dan meluaskan kenalan sehingga tertubuh kelab dan sebagainya..n bagaimana mereka sebagai ahli maya meluaskan network?? (tapi sy x ikut cuma sy tau sbb sy silent reader yg da lama berblogin) so NampakNya  DunIA SkanG ini.. GhUPERnYeR aaDa YanG TaK berPIJAK!!!..tp bEgitulah prinsip maya...kerana mereka menyampaikan NADA komunikasi yg berbeza corak, malah cara pemahaman..juga turut berlainan dengan duNiA NyaTA yg kita berpijak.....satu lagi alam yang masing2 belum n bakal jejak...yg acap kali semua blogger x kan lupak....iaitu Alam barzakh..selain itu alam perhitungan..JungJementday...

Ini Sekadar Promote Page Sendiri...Ok page ini sebenarnya dihasilkan secara tak sengaja..memandangkan ia sngt uzur....saya cuba membantu mengupdate kandungan n mempebaharuinya serba sedikit sbb link nya masih wujud..ingatkan da x de n terhapus...Tp kerana kesedihan melihat link ni yg masih wujud selepas 5tahun..seakan menyuruh sy melakukan sesuatu...walau viewer x seramai mane pun...seingat sy yg pernah mendpt viewer ramai n menarik semasa adanya naskhah Biarlah Sang Bunian Berbicara...n masih harapkan akan keluar part 3...

Selain itu page ini...ada VALUE tersendiri kerana ia melibatkan kerinduan bebrapa teman..n sy mengharapkan 'SomethinG ToucH' dr mereka untuk page kali ini.. x kisah kalu satu post pun sngt hargai..supaya kita tau anda masih ada dihati ini..Inilah alam maya..dunia intergrasi ..walaupun begerak halilintar,x berperasaan, Robot, namun mempunyai Rasa dan Cita-cita tanpa sempadan...

Berbalik daripada content kembali.. Siaran Tergendala ~ merupakan slot delay dr Kembali..Siaran ini berlaku..sekiranya penulis mempunyai beberapa hal atau berada di luar kawasan ataupun belum menerima varifikasi dll...



Jom Ushar ~ Lebih kepada bahan atau blogger yang saya suka kerna sentiasa ikuti perkembangan mereka semasa ke semasa dan menckupi beberapa hal..yang berbeza konsep blog antaranya Politik, , Semasa, Islamik,Kesihatan,aktiviti Seni,dan Tutorial, termasuklah blog peribadi.

Aku,buku,muzik,tv dan movie~ Obcourse lar berkenaan apa yg penulis tengah tengok, tengh layan..program menarik yang, mengisi masa, membanggun minda dan mencerminkan jiwa.

EKsKLuSIF ~ Perah Otak disebabakn neyhhh..yup anya mereka tertentu yg paham...topik menjurus kepada sugestion dan undian..kerana slot ini yang membuatkan saya semangat utk  truskan penulisan 'kembali'..kalu x...page akan truss Uzur di mamah usia...tahniah kepada usaha beberapa kenalan yg bergengg ney (menghidupkn taman) siapa mereka itu mungkin mimi  jejak mrk even durg dar takde kat taman tu...serta penghuninyer setia (ak panggil PaPa  disebbkan dia glamzz mungkin dia x boleh dgelar Pejal.. mengarut jer Ak..selain itu kak akma n Cik Za mereka penghulu dlm taman tur) Luv u all.. anda mmg membantu Avatar  macam saya yg hampir mati didunia maya neyhh..sbb anda lah penempatan (page kmbali) neyh hidup mekar berbunga-bunga..(buat masa neyh topik seakan berehat tp akn ada jugak lah).

Diikuti Inspirasi,arkib,pencetus dan sebagainya...

Sebenarnya excited nak ceghite konsep kembali ney dalam berblog..supaya ia tersusun mempunyai bentuk,,,ciri tersendiri...poyoss jer saya kan....sedangkan setiap blogger memang masing-masing ada identiti mereka..dan selebihnya adalah minat

Ini PlaKKK YunKKK TerBAHARUU.. blog KEMBALI mempunyai satu lg SLOT....iaitu HOT TOPP EPIC TOPIC!!..Apa tu Hot Top Epicc Topic...?


naNTIKAN nEXT kanduNgan selanJUTNya berKenaAN SloTT  BEST TOP  EPIC TOPIC tHisss WEEKK!!  ...

Apa yang anda Fikikan heehhehe...berkenaan  post kali ini..sy rasa macam tak tersampai pd anda... kecewaKAN!!! ..takpe drop jer komen kalu nak maki-maki and nak tambah perisa bagi nampak cacian dan hamunan  dipersilakan penulis akn cuba mewarasssskan diri...iney :)

lagi satu..saya nak kena dahulukan satu topik..utk Violet Sofea sbb dia tanye..n mermelukan bantuan..mungkin yg laen pun bley dpt ilmu sikit..insyallah...apatur watermark??

sekian,
tandatangan sikit...



nota ~ Jangan bersedey..kerana Allah itu ada.. :)


Wednesday, May 13, 2015

Short Film - RENTAP [Fenix Film] -Review



       Salam semua...baru kita dikejutkan tentang pergaduhan yang melibatkan kematian. Amat berduka kerana mereka merupakan generasi  berumur belasan dan mungkin baru nak merasa dewasa n mengijak angka puluhan tetapi dugaan seperti ini sering saja berlaku sejak dahulu lagi. Dikhabarkan pergaduhan itu adalah kerana sehelai tuala. Mangsa Mohd Nur Aqram yang berumur 16 Tahun. Sedeyh mendengar berita ini..tetapi saya rasa ianya tidak ada kaitan dengan buli ataupun yerh..ntalah..kes masih disiasat, tapi kita yg dewasa ini risau dengan situasi macamney. Kalau lah ia berlaku pada keluarga kita mesti agak mendukacitakan. Tahziah kepada keluarga mangsa, n kepada adik diluar sana haraplah anda selalu Muhasabah diri jauhkan dari sifat amarah dan kawalah sebelum terperagkap. Kalu nak salahkan pelbagai pihak tur. Kita kena tengok diri jugaklah kan.

Baiklah saya nak berkongsi sebuah ShortFilm dari pembikin2 muda amatur bagi saya percubaan yang menaRIKk...TajukNYA RENTAPP!! okey jgn konfius ini bukn pasal kepahlawanan Rentap pahlawan iban.. yeah first thing first kenapa saya suka tgk citer ney..

1. Sebabnya citer ney memberi paparan latar yang merakamkan sebuah IPT, Sungguh mengasyikkan dan terpesona. Anda mampu mendapat ketenangan serta kehijauan tumbuh-tumbuhan WoW.

2. Usaha mengangkat Tema Buli  dalam citer ney bagi saya sesuatu yang bagus kerana masih relevan sehingga sekarang, dan diselitkan seni pertahankan diri seperti Silat. Mungkin sesuatu  yang boleh dijangkakan  kita sebagai penonton.  Kita juga boleh memberi perbezaan dengan sebuah filem dari Brunei, Yasmine atau Merantau warrior, Hati waja n beberapa filem dan tv Malaysia mengenai silat sebelum ini. Bagi saya mengambarkan silat perlu dipertontonkan dengan seni bunganya, gerak langkah, bukan sekadar tumbukan berbisa, parang,kapak, tendangan tujah, side kick yang berbunyi woofff..n THoghhhttt.. dimana perkara ini seharusnya perlu diambil kira oleh pengarah.

3. Saya excited dengan paparan hook pada storyline nye, dari sini saya dapat lihat pengarah mampu menterjemahkan teknik penceritaan, sememangnya pengarah mempelajari  selok belok penceritaan so kita perlu hargai dengan effort nye. N besttt masa masuk jer perkenalan perlakon-perlakon tu beserta Opening  Grafik yang cantekkk, termasuk Breacker  dan lagu popular mengikut 'beat' pegerakkan grafik mengekalkan momentum ReNTAp ini. Secara tak langsung membuatkan penonton tidak berganjak utk terus menonton.

4. Suka tengok penggunaan POV semasa Amin dipukul cara ini dapat memberi elemen dua hala perasaan amin terhadap penonton. Selain itu karakter Amin, Mia dan Kai. Bagi saya ketiga-tiga karakter ini nampak blend n ada keserasian .

5. Watak Mia yang manis ini menjadi penarik dalam filem  tetapi saya mengharapkan Mia dibangunkan karakter dengar lebih lagi. Apa yang dapat difokuskan, karakter Mia yang ditangani oleh adik Zulzuriati sekadar karakter gadis remaja tipikal biasa, watak  tiada sentuhan extraordinary pada perwatakkan yang boleh memberi tension atau sesuatu diluar jangka . Ini dilihat, sewaktu Mia menerima surat dan menangisi pemergian Amin, juga semasa ditangkap oleh Kai serta aksi lawan menengelamkan penampilan Mia tidak seperti awal kehadiran Mia yang seakan ada aura dan tumpuan penonton kepadanya. Bagi saya karakter Mia perlu dibina lagi bagi menyumbangkan sesuatu dalam pergelutan Amin dan Kai. Kematian Amin itu adakalanya memberi satu bentuk negatif pada saya kerana ia berkenaan dengan seni silat. Ia boleh menimbulkan persoalan sbg cth adakah silat tidak bagus dr Tomoy atau Taekwando. Jadi sebelum pengarah mengambil silat itu, pengarah perlu berbangga dengan martial art yang dibawakan sebagaimana pengarah aksi thailand berbangga dengan tomoy dan Jepun sangat berbangga dengan ninja dan seni pertahankan diri yang asal dari negara matahari terbit itu. Ini kerana, mereka bersunguh-sungguh untuk memenangkan tradisi mereka.

6.  Selain itu, Karakter Amin berpewatakan protagonis ditangani baik oleh Al-Amin dan juga lawannya Kai oleh Rashdan serta kuncu-kuncunya beraksi agak baik disamping  bantuan sinematografi. Mungkin secara profesional mereka menyediakan kareografer jadi setiap part perlawanan disusun sebolehnya oleh pengarah supaya tidak berlaku anti-klimaks pada penghujung babak aksi pergaduhan. Saya juga tertarik beberapa watak tambahan, termasuk diakhir cerita, walau babak hanya seketika, lakonannya tampak natural. well done..

        Keseluruhan penceritaan bagi saya biasa-biasa tetapi jika dihasilkan sebagai satu pembelajaran saya rasa ia bersesuaian. Walaubagaimanapun, pengarah hendaklah awasi penggunaan dialog. Lontaran dialog perlu diteliti dan ditapis atau di mute kan suara sekiranya kedengaran kasar supaya dapat  mencerminkan imej yang baik kerana membawa nama sebuah IPT.  Selain itu, faktor2 popular seperti penggunaan lagu sbg soundtrack sngt awesome..editing dan Efx juga menarik dan semestinya OPENING MOTION GRAPHIC dan BREACKERS was Amazinggg!!. Semoga tema dibawak dapat memberi serba serbi pengajaran dan awareness dari terjebak BuLI ney kpd org2 muda. Saya menyambut baik pengajaran buah idea dari pengarah Tahniah wat pengarah muda ini, Farhan Mazlan kerana memberi saya tontonan yang menghiburkan. Hope dia akan terus berkarya dan bersemangat Good Luck.

Kredit to Fenix Film...Perhh Lagikk.. Saksikan Video kat atas Justtt Playy..mehhHH :)

Tuesday, May 12, 2015

Daily Dia Punyer Life




        Salam..semua..ari ney mungkin akn lebey baek dari semalam...maka tiap2 hari lar kita perlu sentiasa berdoa supaya dipermudahkan segala urusan baik kepada diri kita mahupun orang disekeliling...jangan letakkan hidup anda sebagai satu kebosanan kerana ada jer apa2 perkara walaupun  kecil..tapi boleh jer di lakukan..

        Sentiasa enjoy dan manfaatkan waktu yang ada..Memudahkan orang lain seperti kita membantu sesama manusia dan juga kehidupan di muka bumi ini. Bahawasanya kita telah mengubah diri mereka untuk kebaikan bersama. Seorang yg miskin bley jadi kaya..seorang yg sakit bley jadi sihat..seorang yg sempit akan menjadi lapang..jadikan diri kita ney sesuatu yg beharga dalam tingkah laku kita K..jgn lah Nakal2 Yerhh..Sy tau sy bukan bernasib baik seperti orang laen..mungkin ada org lain yg lebih malang dr saya tapi mereka mampu menjalankan kehidupan dgn cara yg lebih sempurna dan seadanya dan kenapa Tidak Kita Kan..Segala Motivasi dan Renungan kepada Saya hari ney.

Diri anda akan lebey beharga...carikan kebaikkan semampu anda boleh sumbangkan..semoga niat anda diberkati.. :)

Saksikan video dari kenalan sy Akwa Ariffin sememangnya dia seorang yang rendah diri tetapi penuh cita-cita buatan Shortfilm ini memang Awesome.. "its not boring when he done what ever he did in daily life..." adakah apa yang dilakukan serba sedikit sama dengan apa yang kita semua lakukan dan jika kebosanan buat larh apa yg anda suka k dan dappatkan lah kegembiraan...CHecKiTOut.. heeee

kredit utk Akwa.. effort  vlog nye yanGg Bestt

Monday, May 4, 2015

Fast Furious7 Hiburan Aksi Abad InI

ThaksfuLL for The FasT FamiLY

         Berbalik pada enTry Persaudaraan  ianya berkaitan dengan pandangan saya terhadap filem Fast Furious 7 ini.. Baiklah, kali ney saya menfokuskan kenapa filem ini antara  mampu memberi tumpuan kepada penonton-penoton dunia. Mana taknya Filem ini mendapat kutipan tertinggi  setelah 4 Minggu tayangan dengan mengalahkan filem animasi Frozen 'Let It Go' dan menjadi filem kelima pecah panggung selepas Harry Potter and the Deathly Hollows:Part 2 . Kalu dah macam tu...x popularkah cerita Neyhhh?...heee..

         K sedikit dari pandangan saya, saya sebenarnya jarang berminat dengan cerita-cerita berkenaan dengan kisah lumba haram atau permasalah sosial yang mungkin pada imaginasi  warga penerbitan To FAst to Furious pada asalnya untuk memberi gambaran hebat keterujaan melakukan aksidalam perlumbaan  kereta haram yang femes pada era kemasukkan millenium..Sangat cool untuk dipertontonkan kepada masyarakat tentang budaya ini. 
FastFurious 7 Promo Poster
Adakah wujud geng ini sebenar-benarnya di US atau tidak ? Mungkin benar kata-kata rakan saya mengenai mereka di Hollywood ini seakan 'PENGECUTT'  bak kata rakan saya Asmaniza. Saya tepikir dua kali, cuba memahami apa yang diluahkan oleh rakan saya itu, walaupun dia hanya kerja gomen saja, dia agak berpandangan jauh melihat situasi di Hollywood. Mereka cuba menonjolkan diri sebagai kuasa besar .Selain itu turut termasuk mesej Ilumati disampaikan mereka dalam kebanyakkan filem. Mereka kuat memaparkan kehebatan dalam filem-filem sedangkan diluar mereka seakan takut sangat dengan situasi dunia. Mereka takut degan bayang-bayang sendiri. dan penonjolan dalam filem adalah serangan sycology kepada masyarakat ke seluruh negara-negara Mereka cuba membawa mesej secara senyap,tersembunyi dan mampu memberi kod yang agak bahaya di era zaman pasca moden ini.

         Melihat situasi sedemikian tidak lah meletakkan filem Fast and furious ini sebahagian dari agenda yg disampaikan oleh para perosak pemikir yang berpusat diHollywood. Kita abaikan saja imej seksi maut yang dipancarkan dalam filem ini kerana  kerap kali  kita disajikan tentang budaya tidak bermoral  dan eksploitasi mereka terhadap manusia. Anggaplah kita dah dewasa mengetahui buruk dan baiknya. Apa yang jelas dalam penceritaan Blockbuster ini adalah mesej PERSAUDARAAN tanpa menengenal BanGSa, WaRNa kulit dan Agama. sELAIN iu jika anda perasan bertapa Cool nye citer maT saLeh ney Ditonjolkan. PerasankaH anda Filem ini tidak Mengeluarkan Kata2 Carutan yang biasa disajikan dalam mana2 diaLOg Hollywood (dalam ney ada sikit, FF6 x de langsung..FF7 dlm dua,tiga potong ayat dari Letty n brian $##%**) tambah2 citer aksi kan itulah antara Faktor menarik buatkan saya tertarik. MEnilai Dari seGala Mise On SCene semua sesuai pada visual.Itu bukan kelemahan mereka yang semestinya mengeLuaRkan budget  maHAL..
John Statham dan The Rock mebuka gelanggang perlawann dlm FF7
PAda awal penceritaaN.Apa yang tpikir diBenak Saya mampu Kah. PengaraH, Jame Wang menangani ImeJ AksI filem ini sedangkan penGarah ini Terkenal dalAm OlahaNya pada Filem Seram dan SpeTaKUlaRR..So permulaan Fast Furious yang bagi Saya seakan Goyah seketika tetapi tanpa disangka-sangka LetuPan dan keKAcauan BilaUU di Hospital serba sedikit menangkis PeRasaaaN tersebut dan menJadi satu MomENT permuLAAN yang bagi saya MenarRIKkkk dan AgaKK lawak SekiraNya dipahami BEtul2. LaWak kerana Style dan KonSep itu bagi Saya sesuatu Yang SEGARRR..bertePAtan dengan genRe FF yang lite-Comedy aCTION..seakan menggambarkan Karater Villian itu DaHAGAkan pemBUnuhan Keatas keluarga Dom. Disusuli pula babak di kubur pada waktu malam pada awal 20Minit cerita FF. Saya masih menduga kredibiliti pengarah  imbasan seram dalam filem2 seblum ini masih bermain dipemikiran saya terhadap olahan cerita aksi ini. Namun sesudah itu, FF kembali pada landasan sebenar.
Sky shot..Scene yang mampu memuncak sistem adrenalin anda sewaktu tontonan
      Sempat membaca review blog #review FF7 yang memang kaki wayang NeYhh. Sempat juga melihat ratE yang diberi Untuk Karakter  9.8/10 dan Sinematografi  11.5/10. Untuk sinematografi sememangnya  filem aksi tidak dapat lari dengan suntingan fast Pace dan banyak shot diperlukan. Saya tidak terkejut apabila Ducth Shot banyak digunakan dalam filem ini. Semestinya HeliShot dan Bird eye View pentIng untuk menikmati MovEmEnt kereta. Selain itu One Shot view digunakan bagi perMUlaan juga sudah mampu memberi fenomeNa aksi itu sebagaimana seperti short Film 10Minute.


VFX/ShOT Abu DhABI SCNE PaNORaMA, Sememangnya Sinematografi yang CANTIK lagi  MeWaH
sAPER X GilaKK bila melihat 2 Mamat BOTAKK ney musuh tradisi dlm FF7.Nyawa Deckard Show memang untuk Dominic dan sebaliknya x de org lain selain durg.Antara 2 shot aksi menarik dlm ney.
Karakter FF7 sudah semestinya didambakan oleh keseluruh peminat-peminat filem ini. Saya menilai filem FF ini kekuatan bukan pada ceritanya tetapi Watak kerana itu rate yang dibuat oleh blog di riview nya bertepatan dan kalu berkenaan plot jauh sekali mampu menandingi rate 9.8/10  karakter tersebut, malah saya seperti ingin memberi half rate pada naratif. Cuma memandangkan ia kesinambungan so saya kecualikan sebab kita perlu memahami pembinaan cerita, watak dalam satu jangkamasa dari awal penerbitanya. Tidak hairan jika saya berpendapat karakter Gisell seakan tidak kena dengan perwatakkanya semasa masuk ke sequel Fast Five. Sangat mendadak ciri-ciri keupayaan gadis yang ditangani Actress kelahiran Israel ini berbanding Letty yang masih dikawal dengan plot beserta sebab yang kukuh. Bila diamati Fast Furious ini, ingin meletakkan Karakter FRanchise sebagai keutamaan  oleh sebab itu,  kekuatan filem adalah terhadap watak. Mereka tidak menggelarkan Fast Furious sebuah filem franchise seperti XMen, Expandable dan lain-lain. Bila-bila masa karakter FF ini mampu diperkembangkan dari apa-apa sahaja storyline cuma ianya perlu kuat kepada branding tajuk Fast Furious itu sendiri.

Selain watak Han dari FF3..Letty  antara watak yang dikembalikan setelah mati dan dihidupkan semula selang satu Sequel selepas Fast 5 mengambarkan  kekuatan karakter yang ditampilkan oleh penulis. Sayangnya Han ditangani oleh actor Sung Kang telah pun mati.
Kehadiran aktor Lucas Black dari FF 3 merupakan sequel yang kurang mendapat sambutan kerana seakan keluar dari penceritaan serta perlakonnya secara totAL, namun penulis berjaya mebuat 'twist' apabila menyatukan plot FF3 ini dengan FF6 dan FF7. Ini menjadikan satu kejutan menarik . Diharap Lucas Black mampu menjulang  jenama FF setelah pemergian Brian O Conner. Adakah penulis telah merancang sekian lama atau ianya satu kebetulan dari idea yang tidak terjangka.
             Karakter Franchise terhasil dari pencipta Gary Scott semasa Fast Furious diperkenalkan sewaktu FF memasuki sequel keempat kesinambunganya. Oleh itu, FF akan mempunyai Kronologi era tanpa henti sebagaimana trick filem2 berkisinambungan Hollywood seperti Rambo, James Bond yang sudah gah dengan jenama. Ini merupakan, Sedikit kronologi  FF karakter menaRik Membuatkan filem Ini heBATT(Under Construction entry) page ini akan menceritakan tentang *Watak Unik silih berganti *kehadiran Villian dari Aktor Asia TEnggaRa dan MMA fighter. jadi tunggu yer  akan bersambung di next entry...arap bersabar2 yer n drop jer komen sini kalu ada suggestion or ape2 tentang karakter wokey :)
Kematian yang sentiasa mereka hadapkankan..bukan dalam on set jer..tetapi didunia realiti mereka sebagai perlakon turut ditempuhi sepanjang proses filem berlangsung serta masa depan franchise FF
           Dari pengolahan cerita bagi saya sequel FF7 cuba lari dari kebiasaaan cerita-cerita aksi dari Hollywood yang lain. PEnulis cuba mengelak dari kisah2 pengkhianatan dalam satu organisasi yang biasa dibuat dalam mana-mana filem aksi Hollywood. MElakuKan sesuaTu yang ada TimbaL Balik sudah menjadi lumrah cerita macamney. Secara keseluruhan saya masih meletakkan naratif dia masih di RECYCLE namun saya seakan menilai PenuLIS ada KeiNGinan MengolaH suPAYA kelihatan berlaiNAN dari KItaran asal TerSebut.

Seperti yang kita sedia maklum pengarah  film ini merupakan kelahiran Malaysia..dan menjadi warga Australia..mungkin banyak yg mengatakan Malaysia hanya menerima tempias populariti sang pengarah..sahaja..memadangkan tiada apa2 inisiatif pembanggunan industri kreatif atau timbal balik sebagaimana dilakukan oleh Dato Michele Yeoh..Tetapi tahukah anda pengarah sinematografi FF franchise dlm proses pembikinan sebuah filem baharu perlumbaan  motor seakan spin off dari FF dan menjadikan malaysia pilihan sebagai latar plot penceritaan. bagi film sulungnya.Adakah ianya secara kebetulan ataupun salah satu penghargaan tanpa diwarwarkan oleh James Wang  dan Stephen Widon kepada Malaysia?

            Itu sayje serba serbi penilaian saya..FF merupakan salah satu genre aksi popular so tidak perlu meletakkan harapan seakan filem ini ke Fest Cannes atau TOkyo Film Fest...yupppp..just Chill apa yg KuranKK bley tgk... :) 

Oh ya..FF7 kini memasuki Franchise yg ke 8..dan The Rock telah memberi persetujuan untuk beraksi..dan dikhabarkan tiada watak brian ye r ...setelah peninggalan mediang cukup r ia ditamatkan di FF7 menandakan perjalann selamat tinggal yg diucpkan Dominic kepada Brian..kan..dan adakah Lucas Black  watak utama dari FF3 akan ditonjolkan mengantikan Brian..kita tunggu dan lihat..sbb kita tau Lucas Black telah terlibat utk menandatangani 2 sekuel FF kehadapan iaitu 8 dan 9...mampukah dia menghangatkan film tersebut..sekian sayje..

Friday, May 1, 2015

Persaudaraan ImAGInasi yanG SPeCiaL hingga membawak keDuNia seBENaR!!



Pernahkah kita impikan sebuah persaudaraan yang sebenar tidak kira samaada kawan kita,adik beradik,jiran tertangga mahupun musuh kita jugak. Persaudaraan yg dimiliki sehingga mati. Ironinya sukar untuk digambarkan melainkan sesuatu kesusahan berlaku terhadap diri. Musibah yang melanda itu telah memberi kesedaran sebenar sesuatu persaudaraan semasa diuji.

Persaudaraan imaginasi Brian O Conner dan Dom dalam Fast Furious membawa ke dunia realiti Paul Walker dan Van Diesil

Walaubagaimanapun didunia realiti merupakan cebisan imiginasi yang sebenarnya tidak masuk Akal..tetapi seharusnya besyukur apa yang ada kerana teknik Imiginasi adalah sekadar berlebih-lebihan (Exegeration)...namun segala tidak mustahil apabila diduga..kadang2 kawan akan jadi lawan..Lawan akan jadi Kawan...Musuh tetap Musuh...Musuh kawan sepersaingan..kawan seperjuangan..Kawan bertambah kawan..berkawan akan lebih dekat begitu juga sebaliknya...mungkin brotherhood ini jelas dipertejemahkan semasa berlakunya musibah peperangan yang biasa dilihat bertapa persaudaran rakan seperjuangan khusunya army dalam menjalankan tugas..

Begitu juga dengan badan bantuan sokongan tidak kira yang jelas atau yang kita tidak nampak semuanya bermatlamat mencari sesuatu yang diimpikan hidup didunia ini iaitu Persaudaraan mebawa kepenghujung jasad kita semua.

i will try to post something about Fast7 tapi terbawak ke entry ini....adessss..kononya tajuk ini digunakan tapi jadi benda lain..apalahhh ak ney....ada post tertangguh perlu kesabaran untuk Verifikasi...




Akhir kata utk entry ini..sesiapa pun anda, rakan2 anda,saudara mara anda jagalah perhubungan..yang semampu anda boleh dapatkan..hargailah mereka dan fahami r kekurangan bersama jangan jadi seperti saya ney..ada rakan tapi abaikan..skang bila pikir2 balik...baru perasaan keBeNGAPaNn  iNeYhhh!!...tiada tolak bandingnya... sampai ari neyHH menyesal tadak guna lagi..atas sebab2 yg berlaku. saya cuba belajar dari kesilapan... :0