...

Sunday, May 30, 2010

BILA SANG BUNIAN MULA BERBICARA (Part2)

Pagi itu,bertemankan keluarganya Shasha pergi membuat laporan polis. Sudah semalaman Shasha tidak tidur kerana memikirkan keadaan suaminya. Hatinya tidak keruan lagi. Air matanya asyik mengalir sejak dari semalam lagi. Dia terlalu memikirkan suaminya. Tambahan pula bila mengenangkan anak dalam kandungannya sudah berusia 7 bulan. Ayah Shasha cuba menenangkan perasaannya. Ayahnya bimbang keadaan Shasha sebegitu boleh memberikan kesan negetif kepada bayi dalam kandungannya.

“Sabarlah nak. Tidak ke mana Azmi tu. Dia ada..mungkin tengah tenangkan fikirannya.” Pujuk ayah Shasa.

“Tapi ayah,saya dah telefon Abang Azmi semalam,dia beritahu dalam perjalanan. Mustahil dia akan merajuk pula. Saya tahu perangai Abang Azmi tu.” Balas Shasha sambil menangis. Ayahnya sudah kematian ayat. Dia memang kenal sangat dengan perangai anak perempuannya ini. Susah untuk di pujuk. Tetapi,hanya ada seorang insan yang mampu memujuknya,iaitu Azmi. Suami anaknya itu.

“Sha,ayah tahu sha sedang bersedih dengan kehilangan Azmi. Tapi tolonglah,jangan buat macam ni. Kasihankanlah anak dalam kandungan tu. Kalau Azmi ada sekarang ni pun,dia pasti tidak suka jika Sha buat macam ni..”

“Dah,ikut ayah dan emak pergi makan.”

“Tapi ayah..”

“Lepas makan, kita datang lagi.” Kata Emaknya pula. Dia lantas menarik tangan anaknya. Dia memeluk anak kesayangannya itu. Dikucup dahi anaknya bagi menenangkan perasaan anaknya itu. Itulah satu-satu anak mereka di dunia ini. Mereka tidak sanggup biarkan Shasha terus dalam keadaan begini. Shasha mengikut mereka berdua dari belakang. Dia sebenarnya tiada selera untuk makan. Tetapi selepas memikirkan anak dalam kandungannya ini,dia gagahi jua untuk makan.

* * * * * * * * * * * * *

Azmi membuka mata. Matanya melilau memandang sekeliling . Terasa bagaikan berada di tempat asing. Tiba-tiba terdengar satu suara yang menegurnya.

“Orang muda,dah tersedar?” Tanya seorang lelaki tua. Azmi cuma terdiam dan memandang orang tua itu dengan seribu tanda tanya. Azmi tidak kenal orang tua itu. Siapa dia?

“Pak cik ni siapa?” Tanya Azmi. Tanpa menjawab pertanyaan Azmi,orang tua itu cuma tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Azmi.

“Orang muda jangan takut. Pak cik bukan orang jahat. Pak cik nak tolong. Dah lupa dengan apa yang terjadi?”

Azmi terdiam. Lantas cuba mengingati segala kejadian yang telah berlaku. Masih segar dalam ingatannya,malam kejadian itu hujan telah turun dengan lebatnya. Kerana disebabkan pandangan mata yang agak terbatas,Azmi hampir terlanggar seorang perempuan tua. Dan keretanya terjunam ke dalam gaung.

“Saya kemalangan. Saya hampir terlanggar seorang perempuan tua dan kereta saya terjunam ke dalam gaung pak cik.” Terang Azmi kepada orang tua itu. Sambil tersenyum pak cik itu menjawab.

“Perempuan tua tu mak cik Anggerik. Masa tu dia nak melintas jalan untuk pulang ke rumah. Dia lah yang panggil pak cik untuk datang melihat orang muda yang terjatuh ke gaung itu.” Katanya sambil tersenyum lagi. Terdengar bunyi derap kaki menghampiri tempat Azmi dan pak cik berborak. Lantas matanya dapat menangkap kelibat seorang gadis yang sedang membawa sedulang air minuman.

“Ni airnya pak.” Kata gadis itu sambil tersenyum sipu. Hati kecil Azmi terasa berdebar-debar. Dugup jantungnya semakin kencang. Tidak dinafikan,gadis itu sangat cantik dan mampu meruntuhkan iman setiap lelaki. Hati Azmi seakan tertanya-tanya siapakah gadis cantik yang sedang berada di hadapannya ini.

“Ini anak pak cik. Namanya Cempaka.” Terang orang tua itu pada Azmi. Azmi terkejut kerana orang tua itu bagaikan boleh membaca fikirannya.

“Dan nama pak cik pula Gendara.” Kata orang tua itu lanjut.

“Gendara??” Tanya Azmi secara spontan. Azmi tertanya-tanya,kenapa semua orang di sini bernama pelik. Dan seakan-akan dia terdampar di zaman yang lain. Zaman yang pelik dan penuh misteri.

“Orang muda lihat-lihatlah dulu kawasan persekitaran kampung pak cik ini.” Kata orang tua itu lembut.

“Cempaka,temankan orang muda ini melihat kawasan kampung kita.”kata orang tua itu lanjut. Azmi hanya mampu mengangguk. Dia masih tertanya-tanya. Banyak pertanyaan yang ingin dia luahkan pada orang tua itu,tetapi tidak terluah.

“Saudara,ikut cempaka. Nanti cempaka bawa saudara melihat-lihat kawasan sekitar kampung.” Ajak cempaka sambil tersenyum pada Azmi.


DAENG..

Saturday, May 29, 2010

ME rE nAM KHAN...

Salam wat sume blogger..ari ney saya nak berkongsi pasal movie lak..citer neh saya da tengok..wat kali ke 3..tajukmy name is khan

Aper yg MenaRiK - tentunya gabungan 2 pelakon tradisi niey..dr Kuch2 Hotak Hai saper lagi KAJOL n DATO’ SHAH RUKH lah…

YG tebaHAru - X der lagu uit…filem Hidustant x der lagu….??? X sangka lah…

Secara umumnya, Movie ini berjaya mencipta satu fenomena baru sehinggakan boleh membuatkan penonton beranggapan MY NAME IS KHAN sebagai satu kisah benar dan menjadi satu sejarah pada dunia Islam / rakyat India. Itulah kekuatan filem MY NAME IS KHAN mereka berjaya mengabungkan kisah benar dengan perjalanan watak ciptaan Rizuvan Khan (DATO’ SHAH RUKH KHAN ….membuatkan kita merasakan seperti watak tersebut merupakah tokoh sejarah yang telah mengegarkan dunia sebagaimana cerita tokoh sejarah seperti GHADHI, dan lain-lain…

SCENE KEGEMARAN - bila mak rizuvan beri nasihat n percaya dengan kebolehan Khan walupun cm cacat...der pnyakit Autisme...mak die anta g ngaji...

-Rizvan tolo sama itu mangsa Georgia...pas tu sumer geng yg islam turut dtg tolong sama penduduk tersebut

-Scene first jumpe kajol n nk ngorat kajol...mmg direct tuh nk kawin...heee

- Semestinya scene nari2x..Hindustan n geng2x mrk mmg pndi menari..


Itu sahaja dari saya..

dan kalo saya silap mengenai filem neh tolo perbetulkan erk..time kaseh..


Sunday, May 23, 2010

BILA SANG BUNIAN MULA BERBICARA (Part1)

BILA SANG BUNIAN MULA BERBICARA

Hujan lebat yang turun sejak petang tadi lagi menyebabkan pandangan mata Azmi yang sedang memandu agak terbatas. Dengan penuh hati-hati,Azmi memegang erat stering kereta dan menekan pedal minyak perlahan-lahan. Bimbang nanti terlanggar kenderaan lain.

“Lebatnya hujan malam ni. Jalan pun tidak nampak.” Monolog Azmi sendirian. Dia memandang jam di tangan,sudah pukul 11.30 malam. Matanya kembali memandang kedepan. Saat itu,telefonnya berdering. Azmi memperlahankan kelajuan kereta. Matanya melihat skrin telefon bimbit,panggilan dari insan kesayangannya,Shasha. Lantas Azmi memberhentikan kenderaannya di tepi jalan. Sebaik sahaja Azmi mengangkat talian telefon,terdengar suara isterinya yang manja.

“Abang..kat mana ni?? Janji nak balik awal..sayang tunggu tau.”

“Abang tengah drive ni. Kejap lagi abang sampai. Hujan lebatlah,susah sikit nak drive. Faham-faham sajalah. Ada 24 kilometer lagi ni.” Balas Azmi.

“Jangan lambat sangat tau. Risau sayang kat rumah.”

“Yes madam sayang..sampailah abang nanti..sayang tidurlah dulu tau. Jangan tunggu abang.”

“O.k abang. Hati-hati. Sayang sayang abang.”

Azmi memandang kedepan dan mula meningkatkan kelajuan keretanya. Sebenarnya,dari tadi lagi Azmi rasa tidak sedap hati. Fikirannya bercelaru. Banyak masalah yang dia fikirkan. Saham syarikatnya sekarang makin merundum. Azmi nyaris-nyaris diisytiharkan muflis. Dengan jawatan pengarah yang dipegangnya,terasa tekanan itu amat memeritkan serta membebankan. Isterinya belum mengetahui hal ini. Malam ini, dia ingin memberitahu hal ini pada isterinya. Kalau boleh,dia ingin meminta bantuan isterinya. Azmi perlu sejumlah wang untuk stabilkan kewangan syarikatnya. Hanya itu jalan penyelesaian terakhir bagi Azmi. Fikirannya sudah menjadi buntu. Sambil ngetuk-ngetuk stering kereta,Azmi menyanyi-nyanyi mengikut rentak lagu yang berkumandang dalam keretanya. Azmi sedikit lekat,tanpa dia sedari di depannya ada seorang perempuan tua sedang melintas jalan. Azmi membunyikan hon dan menekan pedal brek sekuat hati. Terdengar bunyi tayar diseret di atas jalan. Perempuan tua itu bernasib baik kerana Azmi dapat mengelak dari terlanggarnya. Bukanlah nasib yang baik rupanya..tetapi permulaan perjalanan yang jauh buat Azmi. Sebaik sahaja dia berjaya mengelak dari melanggar perempuan tua itu,keretanya terjunam ke dalam gaung yang dalam. Dan Azmi..

“Mana abang ni. Dah lewat ni.” Cetus hati Shasa,isteri Azmi. Tangannya pantas menekan-nekan kekunci telefon di tangannya. Dia cuba beberapa kali mendail nombor suaminya,tapi tidak berangkat. Hatinya rasa tidak tenteram. Sekejap dia berbaring,sekejap berdiri. Sudah puas dia cuba menutup mata untuk tidur,tetapi matanya agak liat dan gerak hatinya bagai berkata ada kejadian yang tidak elok terjadi. Dan sekarang,Shasa teringatkan suaminya yang masih belum sampai-sampai lagi kerumah. Dia risau kalau-kalau terjadi sesuatu yang tidak di inginkan terhadap suaminya.

“Abang, angkatlah telefon ni. Mana pulak perginya.” Monolog Shasa. Matanya tidak lepas dari memandang jalan yang menyambungkan rumahnya dengan jalan besar.

Azmi tersedar dari pensan. Matanya memandang sekeliling dengan lemah. Mukanya dipenuhi kaca. Nasibnya baik kerana tidak mengalami patah tangan ataupun patah kaki. Hanya calar-calar dan seliuh di tangan. Kakinya tersepit. Kepalanya ada kesan lebam. Azmi sudah tidak mampu buat apa-apa. Hanya mampu menjerit-jerit meminta tolong.

“Tolong! Tolong! Tolong!”

“Ya Allah,tolonglah hambaMu ni. Aku dalam kesusahan.” Rintih Azmi dalam kesakitan. Matanya terasa berpinar. Alam di sekeliling terasa berputar-putar. Azmi pengsan dan terjelupuk lemah.


..Daeng..

GiMIK YanG D RanCANG..




Mengenai program nyanyian terhangat masa kini AKADEMI FANTASIA 8 telah pun mengakhiri pentas akhir dengan kemenangan Syahir. Peserta dari perak ini sungguh bertuah kerana telah menjadi antara gimik berjaya rancangan seperti ini...

Seperti kita tahu rancangan AF ney banyak melahirkan penyanyi2 muda yang berjaya dan x kurang juga penyanyi2 bertuah...adakalanya....seperti permainan pada pengundinya mana tak nyer...susah2 durang undi...dah wat keputusan..pas tur main tarik tali pulak...ah..undi masuk...adoaiii....macam sebelum ney kite lihat AF2 (Linda Nanuwil)..,AF3 (Mawi,),AF7(Arill) n beberapa lagi lah...mereka masuk dan menang dlm pertandingan...kadang2 tu buang masa jer jadi pengundi..mungkin bg pengundi itu satu kepuasan kan...nasib baik durang sumer berbakat...dan pelajar AF len pun mengikut lah program..agaknya kalu direct jer tersingkir dari awal sampi abis akademi...peluang cerah wat saki baki pelajar yang len...dan kiter pun x brp lar nak kenal Mawi ker aper kew...maybe syahir pun x der nyer nak menang...dan apepun itu hakikat dalam perjalanan program tersebut dan mereka semua pun enjoy.....

walaubagaimanapun tahniah wat Syahir dan seniorn2 sewaktu dengannya yang berjaya..kalian memang bertuahlLah...


**foto Credit to Portal MURAI & ASTRO

Friday, May 21, 2010

AkHIRnYa LahirLah KEMBALI..

Salam ukhwah pada semua bloger yang sentiasa bersama kami..kami sentiasa hargai anda...dimana jua anda berada samaada kita kenal atau tidak...kami tetap mendoakan kebahagiaan anda semua...dengan pelawat kami yang meningkat seramai seribu lebih merupakan satu rekod yang baik bagi kami untuk terus bekarya di blog Kembali...untuk itu sekian lama menunggu akhirnya lahirLah filem ini dan untuk tatapan pertama pada bloger2 kami...disini kami akan menghidangkan pada anda semua Trailer KEMBALI...tonton yer...kalu nak komen silaKan....




Apalagi meh tengok ajak kengkawan semuer yer...

Wednesday, May 19, 2010

Mereka yang BerTunGkuS-LUmUS

Salam dari geng Hikayat Urban...

Hari ini diceritakan, selesai sudah presentation ShortFilm "Kembali" di Final Cut Teather, JRV pada 18 Mei 2005 (Selasa)...presentation ini dijalankan bersama dengan group Hikayat Dunia dengan Short Film mereka "Hati Itu"...masing-masing ingin memberikan terbaik dalam menghasilkan karya tersendiri...Ada masa, dengan keizinan, kami akan cuba publish Short Film 'Hati Itu" yang meruntun jiwa..cerita ini mengisahkan tentang hati..

Dalam perbuatan ShortFilm ini kami ucapkan ribuan Terima Kasih tidak terhingga kepada mereka yang sama-sama membangunkan Kembali...Bukan sesuatu yang mudah untuk merealisasikan Kembali.. pelbagai cabaran ditempuhi sehingga ganguan2 mistik yang sukar dielakkan tetapi krew kami sentiasa berjaga2 supaya tidak berlaku sesuatu pekara buruk....

Terima kasih kepada semua krew DDV2B Januari 2010...termasuk krew tambahan yang lain menjayakan syuting kembali...

Ucapan tidak terhingga pada Encik Ahmad Zamri Bin Abdul Wahid Pensyarah Kursus Video Production, juga Ketua Kursus Video dan Film JRV kerana turut sama turun ke lokasi membantu para krew dan mengambil berat tentang diri kami sepanjang pembuatan filem pendek Kembali....dari awal hingga keakhir proses filem...

dan kepada semua team Hikayat Urban cuba mengembleng tenaga terutamanya bakal pengarah , Bakal Penolong Pengarah/Props , Bakal Audio dan Skrip,Pengurus Produksi/Editor (Online n Effect n montaj), Bakal Lightingman/Editor/composer/muzik (Offline),bakal DOP/Ketua teknikal,Bakal Make-Up/StoryBoard Artis,Bakal Kostum dan Bakal Pembantu Pengurus Produksi

Selain itu, Team Hikayat Dunia "Hati Itu"..seperti Yusri (JimBo), Nurbashirah, CT Syarfa, Norhidayu,Rain,Yob, Mar,Zul, Afzan (Kechik)...Terima Kasih bebanyak..

Thursday, May 13, 2010

Makhluk yang berbungkus


Picture ni secara x sengaja dirakam oleh salah seorang krew kami..ish3x..

Monday, May 10, 2010

Salam...

Alhamdulillah..kami telah selesai menjalani pengambaran filem "Kembali". Walaupun terdapat pelbagai masalah,baik dari segi tempat,teknikal,cuaca dan lain2..akhirnya siap juga.. pada tarikh 10/05/2010, telah diadakan tayangan offline di panggung JRV. Banyak kritikan dan penambah baikan yang telah kami perolehi. Walaupun sekadar offline,ianya sudah mengambarkan jalan cerita keseluruhanya. Pada tarikh 17-18/05/2010, maka akan ditayangkan filem "Kembali" di panggung JRV. Semua geng2 JRV bolehlah datang bersama-sama untuk memeriahkan lagi. Dalam masa terdekat ini, kami akan upload Thriller "Kembali" untuk tatapan anda semua....tunggu...

jOM tINJAu -tINJAu part2

Salam kawan-kawan dari kami geng kembali...alhamdulillah kami sudahpun selesai shooting dan kini dalam proses post-production,,syuting dijalankan sekitar negeri kedah daerah jitra-changlung dan perlis....untuk itu rasenyer saya cube flashback kembali semasa reece ke 2 kami di Gua kerbau daerah Padang Terap, Kubang Pasu..so apalagi..jom tinjau2..

Pondok nie ditemui sepanjang perjalanan kami di sekitar kodiang...





Salam Hikayat Urban pictures,...