...

Monday, March 15, 2010

Sebuah makhluk akkhir zaman

Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada duaertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

wallahu'alam...na'uzubika hi min zalik....
beljar dari kesilapan

Sunday, March 14, 2010

....'First Teaser' kami

Salam dari Hikayat Urban Pictures,
semoga apa yang anda lakukan diberkati Allah S.W.T....

Baiklah disini kami akan paparkan teaser pertama Kembali. Ianya berkonsepkan opening title....ia sebenarnya dibuat untuk tugasan Motion Graphic...kesempatan yang ada membuatkan salah seorang ahli kumpulan kami telah menghasilkan opening title ini, juga bertajuk Kembali..dan dari pengamatan kami, opening title ini bukan menfokuskan cerita kisah Laksamana Sunan dengan Haryani sebaliknya kisah lain antara Haryani dan Dani di abad ke 21....

semoga 'enjoy' ngan paparan video ini..ok

wasalam...
Sidang Hikayat Urban Pictures

psst...tv2 tu abaikan jer k..sje jer buh kt ctur nk testing market..heheee

Friday, March 12, 2010

Kembali....'kembali'kan keyakinan untuk berjaya...




















        Kalau direnung-renung....ditenung-tenung...ditafsir-tafsir....mampu ke KEMBALI akan 'kembali' membawa perubahan kepada arena perfileman JRV atau sekadar 'kembali' ke tampuk asal jika hanya berjaya 'kembali' membuka ruang dan medan kepada penonton untuk berkata-kata belakang?...adakah KEMBALI bakal menerima jolokan cerita yg sgt klise....tunggu dan lihat...

salam
Sidang Hikayat Urban Pictures..

Wednesday, March 10, 2010

.....Jom Tinjau-tinjau (part1)




Mungkin terlalu awal.. untuk saya berkongsi pengalaman recce kami, kerana belum pun kami menyiarkan sinopsis maupun jalan cerita 'short film kembali'. Di arap anda dapat besabar, tentang itu, bila tiba waktu yang sesuai saya akan cuba siarkan kepada anda..kerana skrip masih dalam rombakkan....untuk pengetahuan anda sumer, recce salah satu proses didalam pra-produksi dimana tinjauan tempat perlu dilakukan bagi mencapai kehendak cerita/skrip....dari situ pelbagai perkara akan diambil kira dari segi masalah lokasi,cuaca dan bagaimana untuk menyelesaikanya...agak merungsingkan....di arap sumer berjalan dengan baik dan doakan kejayaan kami....dengan berbekalkan kamera digital Fujitsu dengan berpikselkan 10megapix milik rakan (trime kasih kak dayah bagi pinjam..) kami begerak berkumpulan. Seramai 5orang yang pg. Mereka termasuk krew dan bakal pengarah....

Pada ari Selasa, 9hb Mac 2010 itu adalah tarikh bertuah ..kerana masa itu takder kelas dan peluang tur kami ambil untuk menyelesaikan proses recce nie...dan ketidakhadiran bakal penolong pengarah dalam meninjau lokasi bukan penghalang bagi kami untuk menyetelkan kerja2x ini....dan kesempatan yang ada juga memudahkan kerja pengurusan kerana pada ketika itu bakal penolong pengarah,bakal sound man, dan bakal wordrobe telah menyelesaikan beberapa tugas untuk casting pada keesokkanya...saya ucapkan banyak3x trime kaseh :) pada mereka .

itu sahaja dari saya....
dan jom tinjau2x pe de dalam gambar masa p recce...

Behenti sekejap p makan kat Ulu Pauh


Antara yang sesuai untuk Establish shot





Sekian
Sidang Hikayat Urban Pictures...

Monday, March 8, 2010

Inspirasi Kembali

Gambaran dari ilustrasi visual kami

Kembali merupakan sebuah filempendek dari kami Hikayat Urban Pictures yang masih dalam proses Pra-Produksi. Tercetus nya idea untuk menghasilkan filem ini adalah setelah mendapat tugasan dimana kumpulan kami telah diberi tema untuk menghasilkan filem epik....setelah dibuat pilihan akhirnya kami sepakat untuk menghasilkan Kembali yang diinspirasi dari Novel Bagaikan Puteri. Novel ini dipilih memandangkan jalan ceritanya yang unik dan kekaguman kami pada karakter Laksamana Sunan tersebut. Selain itu pertembungan 2 zaman iaitu Haryani (abad ke 21) dan Laksamana Sunan/Saiffudin (kurun ke 15) telah membawa kita pada sebuah pengembaraan yang mencabar, menerokai setiap alam ciptaan Allah yang luas, serta pelbagai dugaan lagi yang dihadapi mereka dimana ianya tiada kesudahan.....

Kami di Hikayat Urban Pictures mencuba sebaik mungkin dalam menggarap filempendek ini supaya dapat mencapai objektif kepada para penonton....Kami juga ingin menjadikan isnpirasi ini sebagai proses pembelajaran kami untuk anak-anak masa depan bangsa kita dan ianya akan menjadikan pencetus semangat bagi masyarakat terutama rakyat Malaysia berbangsa Melayu pada kepahlawanan seorang Laksamana Sunan..
Kredit untuk penulis kerana berkongsi dan menyampaikan ilham pada masyarakat...dan jadikanlah inspirasi ini sebagai satu filem Pra Bagaikan Puteri ataupun Mini filem Bagaikan Puteri sebelum Novel Trilogi ini akan mengegarkan Drama dan Filem tempatan kita, sebagaimana ketaksuban kita dalam mengangung karya luar seperti Trilogi Lord of The Ring / Star Wars dan sebagainya...

Sekian,
Sidang Hikayat Urban Pictures.

Thursday, March 4, 2010

.....Di sini Bermula

Salam pada sumer...ini merupakan blog pecubaan kami...di arap sesiapa sahaja yang sudah ke sini saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjenguk kami di Kembali......KAmi bearap anda sumer dapat besabar kerana kami masih dalam menyelesaikan beberapa hal terutama skali blog ini dimana kami masih mencuba memuatkan pelbagai material yang ada pada Kembali.....

Mungkin anda sumer tertanya-tanya kenapa kembali menjadi pilihan kami...dan apa itu kembali...Seperti kita tahu kembali menjuruskan sesuatu pekara yang boleh dipecahkan banyak maksud .......terpulang pada anda untuk mentafsirnya....

Jadi kembali kami, bukan sekadar perkataan kembali...bercerita serba sedikit tentang 'Kembali'...Kembali yang akan kami paparkan dlm blog ini merupakan satu tajuk yang diguna pakai pada Short Film yang masih dalam proses pembikinan...ia diinspirasi pada sebuah novel dari seorang penulis novel thriller terkenal di Malaysia.....Pada awalnya diberi tajuk Sufi...dan telah mengalami proses perubahan dari naratif cerita dan ditulusi pada setiap watak dan babak supaya dapat direalisasikan dalam bentuk visual..inilah cabaran pada kami Hikayat Urban Pictures dalam melestarikan impian 'Kembali'.....

Di arap dengan adanya blog ini dapat kita berkongsi,betukar idea pandangan...pendapat, ilham dan pelbagai lagi..........juga diarap sokongan anda yang tidak terhingga bagi memotivasi diri kami yang terlibat dalam menjayakan projek filem pendek 'Kembali' ini nanti






Sekian dari saya,
Sidang Hikayat Urban Pictures :)

Tuesday, March 2, 2010

......SELAMAT DATANG..

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami.. Kami dari Hikayat Urban Picture's mengucapkan ribuan terima kasih. Disini,kami ingin memperkenalkan barisan krew yang terlibat didalam short filem "KEMBALI"..