...

Sunday, December 12, 2010

DaRi LuAR MighraB CinTA

Salam lame x post sini...n perkembngn terbaharu?..mmmm belum g kot tapi gembira melihat kejayan rakan2 len..arap der rezki sy lepas ney..m kongsi2 kan d sini..ye lar sharing is caringkan....k lar  nk citer film ney..lama d tunggu akhirnya akan keluar..tajuk DALAM MIGHRAB CINTA..dari novel...n saya dar baca abis..

Nk citer aper yg terfikir..
Melihat film sudah pasti sumer yg telah membaca novel ini ingin menonton film..nyer..memandgkan novelnya mmg best n komen ney secara luaran lah..sbb  citer ney blum tgk n blum kuar x ley lah nk reviewkan..saya suke dengan trailernyer..n buatkan sy x sabar nk tgk...posterpun cantikk..
Wah!!!Poster Dalam Mighrab Cinta.. CANTIKKAN!!
n aper yg jadi muskil..watak Zizi..mm siapakah Zizi???rasanya takder dalam novel..tapi bila menonton trailer..sy jadi tertarik dengan watak Zizi..sampaikan saya dah lupa pada Silvie..watak gadis yang ditonjolkan dalam Novel asal....arap dapat lar tengok...:) 

Share sikit Soundtrak DMC dinyanyikan oleh Afgan, n x lupe sebuah lagu dinyanyikan oleh Dude dan asmirandah tajuk lagu..Bunga-Bunga Cinta..hui tajuk cm lagu Misha Omar..hahha


psst..untuk tgk trailer sila klik kat poster atau d sebelah ney.http://www.filmdalammihrabcinta.com/

Wednesday, September 29, 2010

“Bumi Cinta” karya bersifat international....


Bertepatan dengan tajuk novel “Bumi Cinta”. Karya Habiburrahman El Shirazy,pada pandangan saya adalah terbaik dari novel sebelumnya. Antara karya penulis ini yang mesra dipanggil Kang Abik  antaranya ialah “Ayat-Ayat Cinta”, novel “Ketika Cinta Bertasbih” episod 1 dan 2, Dalam Mighrab Cinta dan banyak lagi pernah menjadi fenomena luar biasa apabila karya2 tersebut diangkat menjadi sebuah filem. Konsep yang diketengahkan iaitu Islamik menjadi satu trademark pada penulis tersebut dalam mempersembahkan sebuah naratif penceritaan baharu dalam karangannya. Tanpa kita sedari, setelah membaca novel-novelnya ianya mengajak pembaca untuk memahami cara kehidupan seorang muslim sebenar. Kerana itulah novel hasil tulisannya banyak menggunakan tagline “Novel Pembanggunan Jiwa” yang seringkali terpampang disetiap ‘cover’ novel penulis berkenaan.

Cerita…
Bumi Cinta mempunyai perbezaan ketara dari segi jalan cerita dan begitu segar. Tidak klise seperti novel-novel lain yang banyak dipasaran kini. Adakalanya seorang penulis mungkin akan menghidangkan gambaran lebih kurang sama dengan novel terdahulu dan itu tidak berlaku pada karya “Bumi Cinta”. Sedikit tentang sinopsis selepas saya selesai membaca….
 Bumi Cinta mengisahkan Ayyas seorang Mahasiswa yang ingin membuat kajian tesisnya di Rusia disana dia terpaksa tinggal serumah dengan 2 orang perempuan yang mana berlainan bangsa dan agama malah ada seorang rakan serumahnya tidak beragama,tidak langsung mempercayai kewujudan tuhan. Lebih teruk perempuan-perempuan tersebut bersifat terlalu terbuka dengan mengamalkan pergaulan bebas jauh menyimpang dengan budaya tempatan kita dan Agama Islam. Ini menjadi tamparan hebat bagi Ayyass memandangkan dia adalah seorang lelaki yang kuat berpegang teguh dengan islam.
Berikut adalah sebab2 kenapa anda perlu membaca novel  “Bumi Cinta” :-  
  
Tarikkan
Novel ini mempunyai pengisian sampingan  tentang  Isu-isu global. Isu-isu realiti kini seperti pengemboman luar Negara, konspirasi, Sejarah menjadi antara  tarikan dalam Bumi Cinta………saya tetarik apabila penulis mengupas kisah Perlarian Syatila & Sabra yang begitu menyayat hati, Pengemboman bersifat konspirasi yang sekarang menjadi isu terhangat dunia juga terdapat dalam novel.  Sebab itu saya menyifatkan karya ini berbentuk ‘Internasional’. Ianya dekat dengan penonton khususnya masyarakat dunia.
  Tambah menarik lagi, sepanjang membaca didapati terdapat unsur-unsur suspens pada beberapa chapter mencetuskan kejutan kepada para pembaca sekaligus menyangkal segala apa yang bermain difikiran kita dimana ternyata tidak menduga kejadian yang bakal berlaku. Sebelum  sesuatu babak berlaku, cerita diselitkan dengan perjalanan setiap watak ke sesebuah tempat yang ditujui dan penceritaan keindahaan ibu kota moskow menjadikan transition dalam cerita. Paling jelas apabila penulis menceritakan ‘keadaan keretapi metro begerak membawa seribu satu perasaan pada setiap penumpangnya . ‘ Ayat tersebut merupakan salah satu transition dalam  cerita ini

Latar masa,Latar tempat memkagumkan…
 Penulis bijak mempertejemahkan latar tempat,suasana,keadaan pada ‘view’ yang berbeza sampaikan pembaca akan  terbuai dengan keindahan ciptaan tuhan dimana Alam juga turut beribadah kepada Allah.

Karakter dan perwatakkan
Selain itu pembawakan karakter cukup mempersonakan dan berkarisma. Ini dapat dilihat watak utamanya iaitu Ayyas
Watak-watak yang terlahir didalam “Bumi Cinta” tidak adapun menyerupai dengan pelbagai-bagai watak ciptaan sang penulis didalam karya sebelumnya. Penyampaiaan perwatakkan karakter jelas tepancar dan seimbang penceritaan setiap karakter di dalam novel seperti sisi gelap Watak pembantu Yelena dan Linor merupakan ‘roommate’/teman serumah Ayyas. Selain itu, Watak Prof Anatasia Palazzo turut membantu ayyas dalam menyelesaikan tesisnya.

MEmang sUNGGuh sUNGGuh sUNGGuh X rugi membaca novel ney…sebab lain dari yang lain. Secara tak lanGgsung kita MenDapat IlMu pengetahuan,Pengajaran serta pembelajaran berguna terutama tentang bagaimana Cara hidup Islam sebenar. Yang pastinya kalau sekaran ney banyak novel2 dijadikan filem…saya bayangkan  kalo novel ney  dijadikan  filem memangbest kerana novel yang saya gambarkan ini bersifat antarabangsa. Alangkah menarik jikaaa Watak linor, Yelena dan Prof Anastasia dilakonkan oleh plakon holywood terkenal wanita cam Angelina Jolie tok  watak Yelena ke…bergabung pulak dengan pelakon melayu asia tenggara dan pelakon famous Rusia memang bestttt….
Pastu pengarah filem bukan calang2 amik orang ternama seperti Majed Majid ke, Michale bay kew..pasti GemPaKKKK…
JaDi wat sumer try r baca novel neh terutama pembaca nOvel tegar..dan yg suKe membaca 


Wasalam…


Psssttt…Untuk tatapan…

Sunday, September 12, 2010

rakyat Malaysia Boleh!!

Kita sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur dengan nikmat kurniaan tuhan untuk terus hidup dalam suasana harmoni dan merdeka lihatlah bertapa pelajar-pelajar Malaysia di luar negara  bukan sahaja belajar bahkan mendapat  rezeki di tempat orang.."Bangga bile ade orang muda melayu berani mencabar diri meniaga di tanah air orang. Umur baru 23. Tapi wawasan tinggi. Harap makin ramai lagi anak Melayu mcm dia. Mohd Raher!" antara kata2 dari pemilik video tersebut yang kini berada di Korea..
..dan bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu dipelajari oleh warga luar negara


anda bley gak add mrk melalui
fb neyZ tau klik gambo
credit to cikgu kimi


wasalam..

pssttt..Bangga jadi Anak Malaysia...

Saturday, September 11, 2010

Persenda, Mempersenda atau dipersendakan…(pART1)

   
        Salam…kali ini saya ingin meluahkan ..tentang isu video gadis bertudung mempersenda zikir..Pekara ini hangat dialam maya pada waktu kita dalam menjalani ibadah bulan puasa yang lepas..penggunaan dunia maya terlalu membebaskan beberapa pekara mengenai moral, agama, politik, peperangan dan pelbagai lagi tanpa kawalan,,itulah bahana dunia maya kini membolehkan manusia menjadi mangsa angkara perbuatan manusia sendiri..bukankah pekara yang menyakitkan diri sendiri adalah pekara ditegah dalam islam? (bagaikan kita terkena sendiri dengan perbuatan kita)..Bersifat  berlebih - lebihan juga dilarang sama sekali…
        Islam banyak mengajar  kesederhanaan dalam penghidupan ..adakah keserhadanaan itu wujud dalam diri kita sebagai umatnya? hingga khabar membuatkan kita tidak selamat untuk berkongsi hidup  didunia sesama masyarakat….adakah itu keputusan yang bijak? Bijak kew kita semua manusia ney walau ilmu kita setinnggi langit  tak terjangkau? Ini bukan berkenaan mengenai video  itu sahaja, banyak lagi..semuanya terpampang di dunia perhubungan internet..maklumat dikehendaki klik sahaja semua diceritakan berjuta-juta pekara sampaikan dosa sehingga ke  pahala ..percuma untuk kita dapat..kewujudan internet 
    **nampaknya kesan memporak peranda segenap umat begitu terselah dari maklumat berguna dikehendaki..kewujudan laman sosial  youtube  facebook n lain2 menjadikan medan perang masyarakat sesama islam kini..sungguh berkesan sekali..mana letaknya nilai moral, agama  masyarakat kini..mereka mempertahankan hak pegangan agama secara tidak rasional..samalah dengan  kata2 “matlamat tak mengenal cara”…


credit to Oh Tidak 




wasalam,



psst..- terima kasih meluangkan masa dengan petikan iniSaya mengingatkan dirisendiri dan semua..terlakar juga apa yang hadir dibenak akal ini wasalam sekali lagi..

Persenda, Mempersenda atau dipersendakan…(pART2)

             Mengenai kesah mempersendakan agama memang sudah lama berlaku dari dahulu lagi dan kini semakin parah begitu manusia tidak menghormati agama lain, ingat lagi kes yang sama diinternet iaitu kisah wanita bertudung memegang binatang  haram dilarang islam..sekarang  pula kesah  mengenai niat  seseorang manusia ini mejadikan 11 September  sebagai hari pembakaran Al-Quran..agak biadap dan tidak bertamadun insan tersebut....mengenai video mungkin kita boleh ambil pengajaran dengan membaca serba sedikit pendapat dari seorang pendidik ini..mmg ada pro dan kontra tapi harap dapat memuaskan hati beberapa pihak terutama bloger2 yang menjadikan isu video tersebut sbg post mereka..

Baiklah yang itu antara kita sedar..tapi kalo yg macamni  adakah mereka antara golongan yang berkenaan mengenai kes ini?..ada komen????hee….

Dlm senda....gambar diatas, 2 gamba seorang artis memakai pakaian cm bertudung..dan disebelah seorang pondan yang bertudung..tidak pasti samada gambar tersebut disuperimpose atau ape..cuma siapa yang haruus  disalahkn ??..pasal gamba saya tak brp tau kebenaranya?kalo sape2  tau komen lar..k..


wasalam..

Friday, September 10, 2010

dIMULAI bISMILLAH..

     Salam Aidilfitri wat semua yang mengikuti...sudar lama tidak dapat bersiaran di dalam blog d sini...kerinduan tetap ada..ssetelah sebulan kita bertarung menahan lapar dahaga dan nafsu..akhirnya tiba detik kita nantikan hari yang mulia dirai Salam Aidilfitri wat semua bloger2 yang sudi menjengok walau seketika d Kembali MAAF ZAHIR DAN BATIN (ungkapan wajib d aidilfitri)...ianya ibarat kita memperolehi kejayaan, Kemerdekaan, kemenangan tidak terhingga..


Walaupun begitu, janganlah kita menjadikan kejayaan sebagai satu kesempatan untuk kita kembali pada sesuatu tabiat tidak senang pada diri,rakan2,dan masyarakat.. Ramadan jelas mengajar umat islam supaya diri ini suci dari dosa2 silam dengan menjalani ibadah ..bulan itu patut sangat2 dirai dengan bertapa kuat dambaan diri ini (kita) sebagai hamba -Nya..dan kejayaan dirai pula dengan pemberian sambutan Hari RAya Aidilfitri pada ssemua umat Islam d seluruh dunia...selepas itu kita seakan menjadi seperti bayi yang baru lahir dengan tiada dosanya..seterusnya kita sendiri membentuk suatu karakter baik dari hati yang ikhlas..mungkin lebih baik dari dahulu..INSYAALLAH...


hehehe dengan ini dapat lar saya melepas keriduan sesangat...,akhirnya dapat juga saya berbloginn d sini....:')..selepas kes siaran tergendala...

Bebeprapa pekara d benak fikiran belum diluahkan dan dikongsi disini...dan insyaalllah sekiranya ada..bloger boley terus ke chanel Kembali ini..jadi tunggu dan lihat..

Apa yang saya buat sekarang neh?
-Dalam menyelesaika Dokumentari tentang Inovasi Polisterin
-JUga dalam projek Penyiaran Khas Aidilfitri tajuknya Ziarah Hati
-Terakhir kelas editing foto,video dan grafik

Wasalam...

p/s-ada masa saya akan berkongsi 3 pekara ini didalam blog Kembali suatu hari nanti..

Saturday, July 10, 2010

SANG BUNIAN X KAN BERBICARA LAGI (Part3)

Tidak berbicara lagi...ahakss...!!!
tulisan ini adalah kesinambungan Sang Bunian Mula Berbicara..ok akhirnya berkesudahan juga cerpen ini dan bloger2 d sini , para pencinta cerpen, novel dan lelain..bolehlah terus ke PENULISAN 2U blog untuk terus mendapatkan kesudahan cerpen ini..anda boleh klik terus d pilihan Jom Usha saya di belah kanan page Kembali ini..atau trus ke website nyer..

       Alhamdullilah antara mendapat rekod terbaik dalam pilihan cerpen..iaitu setakat ini 3,256 pembaca..terima kasih kerana memberi komen yang membina...ucapkan tahniah pada sahabat Daeng iaitu penulis cerpen tersebut yang kini dalam meneruskan penulisan yang ke 5 (kalo tak silap)...masih berkonsepkan misteri alam yang belum dapat didedahkan setelah ditanya..mungkin atas pengangalamannya itu mebuatkan ia ingin berkongsi dalam bentuk tulisan..akan ku doa niat murni mu sahabat...

saya juga ingin memaparkan satu cerpen juga dari rakan bedasarkan kisah benar..kisah cinta,sahabat,dosa,keluarga,agama dan kekasih..tajuknya Akukah?..folder nyer sudar hilang..kat mana entah..tgh mencari..rakan tersebut pun suda berpindah dan anya mesej sahaja..apa-apa pun saya mencuba

Wasalam

psst..-mood blog diperkemas..:)

Thursday, July 8, 2010

siaran tergendala..




siaran KEMBALI tergendala seketika...diatas sebab-sebab yang x dapat dielakkan

KERANA ITU POST BANYAK TERTANGGUH DAN BELUM DAPAT DISIARKAN LAGI..SEGALANYA TERSIMPAN DI DALAM EDIT POST KAMI..CUMA MENUNGGU IA MELIPAH D RUANGAN BLOG KAMI..




waaaaaaaaaa..anya raungan tidak kedengaran memecah dunia maya ineh..d arap blogger2 bersabar sejenak menanti....

dengarkanlah jeritan batinku...wooooo

KAMI AKAN CUBA PULIHKAN DAN MENCARI SUMBER UNTUK MENYETELKAN MASALAH YANG ADAKALANYA SUKAR INI....

**post akn dtg....

-Kok Beneren?
- TMO Kembali
- Bila Sang Bunian Berbicara (part3)
- Misteri TMO Kembali

-JOM BlaJAr fotoshop, Premier n After Effect**

Friday, July 2, 2010

TMO KeMBaLI...

sALAM sumer yg dtg menjenguk dsini....wah kami setia menghargai anda...dalam KEMBALI ini kami akan cuba berkongsi tentang filem buku dan sebagainya untuk anda supaya dapat memilih yang mana terbaik bagi anda...di blog ini juga kami akan meluahkan karya -karya sesiapa sahaja yang dibuat secara ringkasan sebelum dibawa serius ke mana-mana tempat untuk d komersialkan...insyaAllah...

di sini kami akan menayangkan kerja-kerja belakang tabir tentang shortmovie Kembali..begitu payah menghasilkan filem ini dengan berbekalkan semangat akhirnya terhasillah kembali..lihatlah kepayahan itu d TMO KemBaLi...




kredit to shahrul ezrie Azlina


Wasalam..

psst..-alamakkkk..hehehe terkeluar ckit...sory..

Friday, June 18, 2010

Dr Komik/GaME ke Live Action..

Sbb bnyk bloger suggest film akn datang yang best lagi GemPAK ..kami d KEMBALI pOWn nk kongsi gak film neH…tp nak len sikit rrr…film ni kami aKn fokuskan tTg Live Action MoVie..tau tak Live Xtion Movie..

hehehe... bnyk sangat manusia yg Suke bc komik,buku2 kaRtun dan bermain game2 sesangat sehinggakan mencetuskan fenomena cm komik/game Shin Chan Naruto dan len len lg kalo Omputih cm X-men Superman Spiderman Street Fighter dan ada jugak yg dr komik jepun BeTukaR ke Film Hollywood caYalah JEpun…

Kebanyakkn komik Jepun telah bnyk djadikan live action x kira lah dlm Bentuk drama tau filem, kebanyakkannya adalah proudk jepun yer lar negara femes ngn AnimME…cth GTO, Det Conan n len2 lar…tp Hollywood tidak kurang saingnYer dan mereka telah mengubah tradisi dgn menukarkan komik jepun ke versi English..kadang rse cm x best bile watak jepun pelakonnyer Mat Salleh..oleh sbb itu dorg tlh mengubah sdikit budaya untuk d selaraskan ke dunia Hollywood…x per boleh trime lar pastur cth Chun Li the Legend,Dragon Ball Evolution….

akan menjengah d pawagam cm RYU n Ken film,X-Men Firs Class, Spiderman 4..n……

Jangan x tau Malaysia pown ade jugak live action movie dr majalah ternama ye lar kiter mane der komik mse dulu2 kan..skang ney melabak lepas ade nye majalah gempak dan syarikat ini telah mengubah dunia anime di Malaysia dengan adenyer animator dr Malaysia…salute GemPak Startz..heeeee

untuk tatapan...Live Action Movie



Yg terbaik

Tekken the movie




STreeT FiGHter LeGAcY




Mortal ComBaT ReBirtH 2010

s

* Yg pelik..CICAKMAN..dr filem ke komik aikk terbalik pulak arr takper rr janji Layannn



X der kena mengena hahah...tp seremm kan..

Tuesday, June 15, 2010

'kEMBALI' UnTUK tATAPan..

Salam ini adalah poster dari kami..terima kasih kerana support kami di KemBali kami hargai seGala JaSa AnDa..TerIMA KasIH

KemBaLi dalam kenanGan....



Monday, June 14, 2010

Trend artis bertudung



Entry kami pada kali ini mengenai trend artis bertudung…kalo nak diikutkan isu bertudung ney menjadi antara topik terhangat d kalangan mereka-mereka yg glamour..bermula keglamouran bertudung ini adalah dari kisah pertama seorang pelakon dan personaliti terkenal Wardina Safiah sebelum ini terkenal dalam sitkom Spanar Jaya masa neh belum bertudung dan kiniianya BERTUKAR ke imej bertudung…pada ketika itu ramai memberi support dan sokongan moral yang tak terhingga membuatkan kisah bertudung menjadi kehangatan di dunia keglamouran hingga kini….Perubahan imej Wardina tersebut telah memukul sebahagian para artis2 terutamanya wanita diatas keberanian Wardina dalam pemakaian muslimah dan Wardina telah berjaya mempertahankan kata-katanya hingga sekarang. Sekarang rezekinya murah keberanianya itu menjadi satu kekuatan pada peminatnya dan rakyat Malaysia sendiri khususnya geng2 wanita sudah berani tampil dengan imej bertudung…ye lar pada waktu itu, persepsi d dunia glamour neh kalo bertudung susahlah nk blakon ke nyanyi ker kan3x..sumernyer cantik2, seksi2 ..cube kawan2 check blk movie atau drama tv pada zmn2 Malaysia baru nak dpt teknologi…dr cte2 Mat Sentul, Os,Badul ,Awie, Rosyam Nor..kiter tgk blk aweks2 dlm movie…heeee…cantikkan…
K lar…kemudian terlahirlah bintang2x baru dengan gaya bertudung yang pelbagai..masa neh selepas isu Kak Wardinah muncul tudung2 berpesyen dijual merata bukan setakat d Butik glamour jer nk tudung wardinah kt Jalan TAR n MasJid Jame’..mase tu saya kecik…makcik2x pun banyak yang beli…diikuti dengan pesyen2 lain dr bintang muda dan lama..lama??? maksud saya artis2 yang membuat penghijrahan hahahha kalau tau teka lar..rsenyer bnyk yg hijrah laki ke pompuan ini dikatakan (trend Hijrah)..ok lah tuh adelah konsep nk BETUKAR kan2…Macam Gransazer, Mask Rider n sewaktu ngnnyer..heheheh..
Saksikan wanita2 besi ney KEMBALI dgn mentrend kan diri mereka…syabas n tabik pada mereka….

Ketika itu, mereka yg baru kuar dlm glamouran cm Waheeda,pas tur Bienda (ney sye ske drkumpulan Solehah lg).mmm artis Akademi Fantasia pertama bertudung sapa lagi kalu takSalima…hehhee mereka juga mencipta kontrobesi tersendiri n popular….sapa kata mereka x bley sentanding ngn artis x bertudung…..Kemudian pesyen bertudung diterima mana2 drama tv atau filem smpi sekarang cm filem Sembilu 2005, drama Gerak Khas drama2 swasta len contoh Kerana Lidahnya TV3, a’ah Nur Kasih,…DASHYAT kan trend ini…dr situ kita suke tgk mereka ney bertudung kalolah mrk bertudung mesti comelll kan…hebat penangan Kak Wardinah..

Sekarang hadirnya HeliZaaa AF brp tah lupe yg plakon film Syurga Cinta,film yg x brp nnk menyegat (bg sye lah), DJ Era pun ade bertudung….plg terbaharuLah YuNa…Protégé joe, Ila plg power johan qariah Malaysia Fadzhilah Khasif..dia pown artis tau jangan x tau..
Yang x Syiokkk…biler mrk2 yg popular atau meningkat veteran nk bertukar…adakalanya cm ape2 tah..meletakkan sesuatu waktu untuk Bertukar….aiyo.. mahu pakai tudung ader tarikh kah…kadang2 nk tergelak bile tercanang nk trend bertudung pas tur biler mrkbetukar..kemudian berlaku transformasi pesyen ...kalo korg amati tol sanggul pun ader tudung tau sekarang ….tp x tau lah klalo ade jual kt jln TAR /Masjid India..x pe ar…nt kite same2 check..
Pada kakak artis ney..cuber lagi….

**Sye rse kalo x sedia…x perlu nk ckp lah.. sudahyer memalukan dri ..simpan tol2 biler da ikhlas tur..pakai jer x yah nk bg tau pun…Jd saranan sye iklhlaskan diri sbb pki tudung plg utama nk menutup aurat kan…dan sekaligus beribadah kepada Allah S.W.T


Sila masuk dan  klik sini   Trend Artis Bertudung Bahagian 2 (Bahagian 2 ini adalah content yg ditambah baik dan lebey update .Pasti lagi GEMPAKK..hehehe) entry Up pada rabu ney jam 6.00 pagi pada Tarikh 10 JUN 2015..ok jgn lupa  tunggu yer n terima kasih for your support :)

Sunday, May 30, 2010

BILA SANG BUNIAN MULA BERBICARA (Part2)

Pagi itu,bertemankan keluarganya Shasha pergi membuat laporan polis. Sudah semalaman Shasha tidak tidur kerana memikirkan keadaan suaminya. Hatinya tidak keruan lagi. Air matanya asyik mengalir sejak dari semalam lagi. Dia terlalu memikirkan suaminya. Tambahan pula bila mengenangkan anak dalam kandungannya sudah berusia 7 bulan. Ayah Shasha cuba menenangkan perasaannya. Ayahnya bimbang keadaan Shasha sebegitu boleh memberikan kesan negetif kepada bayi dalam kandungannya.

“Sabarlah nak. Tidak ke mana Azmi tu. Dia ada..mungkin tengah tenangkan fikirannya.” Pujuk ayah Shasa.

“Tapi ayah,saya dah telefon Abang Azmi semalam,dia beritahu dalam perjalanan. Mustahil dia akan merajuk pula. Saya tahu perangai Abang Azmi tu.” Balas Shasha sambil menangis. Ayahnya sudah kematian ayat. Dia memang kenal sangat dengan perangai anak perempuannya ini. Susah untuk di pujuk. Tetapi,hanya ada seorang insan yang mampu memujuknya,iaitu Azmi. Suami anaknya itu.

“Sha,ayah tahu sha sedang bersedih dengan kehilangan Azmi. Tapi tolonglah,jangan buat macam ni. Kasihankanlah anak dalam kandungan tu. Kalau Azmi ada sekarang ni pun,dia pasti tidak suka jika Sha buat macam ni..”

“Dah,ikut ayah dan emak pergi makan.”

“Tapi ayah..”

“Lepas makan, kita datang lagi.” Kata Emaknya pula. Dia lantas menarik tangan anaknya. Dia memeluk anak kesayangannya itu. Dikucup dahi anaknya bagi menenangkan perasaan anaknya itu. Itulah satu-satu anak mereka di dunia ini. Mereka tidak sanggup biarkan Shasha terus dalam keadaan begini. Shasha mengikut mereka berdua dari belakang. Dia sebenarnya tiada selera untuk makan. Tetapi selepas memikirkan anak dalam kandungannya ini,dia gagahi jua untuk makan.

* * * * * * * * * * * * *

Azmi membuka mata. Matanya melilau memandang sekeliling . Terasa bagaikan berada di tempat asing. Tiba-tiba terdengar satu suara yang menegurnya.

“Orang muda,dah tersedar?” Tanya seorang lelaki tua. Azmi cuma terdiam dan memandang orang tua itu dengan seribu tanda tanya. Azmi tidak kenal orang tua itu. Siapa dia?

“Pak cik ni siapa?” Tanya Azmi. Tanpa menjawab pertanyaan Azmi,orang tua itu cuma tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Azmi.

“Orang muda jangan takut. Pak cik bukan orang jahat. Pak cik nak tolong. Dah lupa dengan apa yang terjadi?”

Azmi terdiam. Lantas cuba mengingati segala kejadian yang telah berlaku. Masih segar dalam ingatannya,malam kejadian itu hujan telah turun dengan lebatnya. Kerana disebabkan pandangan mata yang agak terbatas,Azmi hampir terlanggar seorang perempuan tua. Dan keretanya terjunam ke dalam gaung.

“Saya kemalangan. Saya hampir terlanggar seorang perempuan tua dan kereta saya terjunam ke dalam gaung pak cik.” Terang Azmi kepada orang tua itu. Sambil tersenyum pak cik itu menjawab.

“Perempuan tua tu mak cik Anggerik. Masa tu dia nak melintas jalan untuk pulang ke rumah. Dia lah yang panggil pak cik untuk datang melihat orang muda yang terjatuh ke gaung itu.” Katanya sambil tersenyum lagi. Terdengar bunyi derap kaki menghampiri tempat Azmi dan pak cik berborak. Lantas matanya dapat menangkap kelibat seorang gadis yang sedang membawa sedulang air minuman.

“Ni airnya pak.” Kata gadis itu sambil tersenyum sipu. Hati kecil Azmi terasa berdebar-debar. Dugup jantungnya semakin kencang. Tidak dinafikan,gadis itu sangat cantik dan mampu meruntuhkan iman setiap lelaki. Hati Azmi seakan tertanya-tanya siapakah gadis cantik yang sedang berada di hadapannya ini.

“Ini anak pak cik. Namanya Cempaka.” Terang orang tua itu pada Azmi. Azmi terkejut kerana orang tua itu bagaikan boleh membaca fikirannya.

“Dan nama pak cik pula Gendara.” Kata orang tua itu lanjut.

“Gendara??” Tanya Azmi secara spontan. Azmi tertanya-tanya,kenapa semua orang di sini bernama pelik. Dan seakan-akan dia terdampar di zaman yang lain. Zaman yang pelik dan penuh misteri.

“Orang muda lihat-lihatlah dulu kawasan persekitaran kampung pak cik ini.” Kata orang tua itu lembut.

“Cempaka,temankan orang muda ini melihat kawasan kampung kita.”kata orang tua itu lanjut. Azmi hanya mampu mengangguk. Dia masih tertanya-tanya. Banyak pertanyaan yang ingin dia luahkan pada orang tua itu,tetapi tidak terluah.

“Saudara,ikut cempaka. Nanti cempaka bawa saudara melihat-lihat kawasan sekitar kampung.” Ajak cempaka sambil tersenyum pada Azmi.


DAENG..

Saturday, May 29, 2010

ME rE nAM KHAN...

Salam wat sume blogger..ari ney saya nak berkongsi pasal movie lak..citer neh saya da tengok..wat kali ke 3..tajukmy name is khan

Aper yg MenaRiK - tentunya gabungan 2 pelakon tradisi niey..dr Kuch2 Hotak Hai saper lagi KAJOL n DATO’ SHAH RUKH lah…

YG tebaHAru - X der lagu uit…filem Hidustant x der lagu….??? X sangka lah…

Secara umumnya, Movie ini berjaya mencipta satu fenomena baru sehinggakan boleh membuatkan penonton beranggapan MY NAME IS KHAN sebagai satu kisah benar dan menjadi satu sejarah pada dunia Islam / rakyat India. Itulah kekuatan filem MY NAME IS KHAN mereka berjaya mengabungkan kisah benar dengan perjalanan watak ciptaan Rizuvan Khan (DATO’ SHAH RUKH KHAN ….membuatkan kita merasakan seperti watak tersebut merupakah tokoh sejarah yang telah mengegarkan dunia sebagaimana cerita tokoh sejarah seperti GHADHI, dan lain-lain…

SCENE KEGEMARAN - bila mak rizuvan beri nasihat n percaya dengan kebolehan Khan walupun cm cacat...der pnyakit Autisme...mak die anta g ngaji...

-Rizvan tolo sama itu mangsa Georgia...pas tu sumer geng yg islam turut dtg tolong sama penduduk tersebut

-Scene first jumpe kajol n nk ngorat kajol...mmg direct tuh nk kawin...heee

- Semestinya scene nari2x..Hindustan n geng2x mrk mmg pndi menari..


Itu sahaja dari saya..

dan kalo saya silap mengenai filem neh tolo perbetulkan erk..time kaseh..


Sunday, May 23, 2010

BILA SANG BUNIAN MULA BERBICARA (Part1)

BILA SANG BUNIAN MULA BERBICARA

Hujan lebat yang turun sejak petang tadi lagi menyebabkan pandangan mata Azmi yang sedang memandu agak terbatas. Dengan penuh hati-hati,Azmi memegang erat stering kereta dan menekan pedal minyak perlahan-lahan. Bimbang nanti terlanggar kenderaan lain.

“Lebatnya hujan malam ni. Jalan pun tidak nampak.” Monolog Azmi sendirian. Dia memandang jam di tangan,sudah pukul 11.30 malam. Matanya kembali memandang kedepan. Saat itu,telefonnya berdering. Azmi memperlahankan kelajuan kereta. Matanya melihat skrin telefon bimbit,panggilan dari insan kesayangannya,Shasha. Lantas Azmi memberhentikan kenderaannya di tepi jalan. Sebaik sahaja Azmi mengangkat talian telefon,terdengar suara isterinya yang manja.

“Abang..kat mana ni?? Janji nak balik awal..sayang tunggu tau.”

“Abang tengah drive ni. Kejap lagi abang sampai. Hujan lebatlah,susah sikit nak drive. Faham-faham sajalah. Ada 24 kilometer lagi ni.” Balas Azmi.

“Jangan lambat sangat tau. Risau sayang kat rumah.”

“Yes madam sayang..sampailah abang nanti..sayang tidurlah dulu tau. Jangan tunggu abang.”

“O.k abang. Hati-hati. Sayang sayang abang.”

Azmi memandang kedepan dan mula meningkatkan kelajuan keretanya. Sebenarnya,dari tadi lagi Azmi rasa tidak sedap hati. Fikirannya bercelaru. Banyak masalah yang dia fikirkan. Saham syarikatnya sekarang makin merundum. Azmi nyaris-nyaris diisytiharkan muflis. Dengan jawatan pengarah yang dipegangnya,terasa tekanan itu amat memeritkan serta membebankan. Isterinya belum mengetahui hal ini. Malam ini, dia ingin memberitahu hal ini pada isterinya. Kalau boleh,dia ingin meminta bantuan isterinya. Azmi perlu sejumlah wang untuk stabilkan kewangan syarikatnya. Hanya itu jalan penyelesaian terakhir bagi Azmi. Fikirannya sudah menjadi buntu. Sambil ngetuk-ngetuk stering kereta,Azmi menyanyi-nyanyi mengikut rentak lagu yang berkumandang dalam keretanya. Azmi sedikit lekat,tanpa dia sedari di depannya ada seorang perempuan tua sedang melintas jalan. Azmi membunyikan hon dan menekan pedal brek sekuat hati. Terdengar bunyi tayar diseret di atas jalan. Perempuan tua itu bernasib baik kerana Azmi dapat mengelak dari terlanggarnya. Bukanlah nasib yang baik rupanya..tetapi permulaan perjalanan yang jauh buat Azmi. Sebaik sahaja dia berjaya mengelak dari melanggar perempuan tua itu,keretanya terjunam ke dalam gaung yang dalam. Dan Azmi..

“Mana abang ni. Dah lewat ni.” Cetus hati Shasa,isteri Azmi. Tangannya pantas menekan-nekan kekunci telefon di tangannya. Dia cuba beberapa kali mendail nombor suaminya,tapi tidak berangkat. Hatinya rasa tidak tenteram. Sekejap dia berbaring,sekejap berdiri. Sudah puas dia cuba menutup mata untuk tidur,tetapi matanya agak liat dan gerak hatinya bagai berkata ada kejadian yang tidak elok terjadi. Dan sekarang,Shasa teringatkan suaminya yang masih belum sampai-sampai lagi kerumah. Dia risau kalau-kalau terjadi sesuatu yang tidak di inginkan terhadap suaminya.

“Abang, angkatlah telefon ni. Mana pulak perginya.” Monolog Shasa. Matanya tidak lepas dari memandang jalan yang menyambungkan rumahnya dengan jalan besar.

Azmi tersedar dari pensan. Matanya memandang sekeliling dengan lemah. Mukanya dipenuhi kaca. Nasibnya baik kerana tidak mengalami patah tangan ataupun patah kaki. Hanya calar-calar dan seliuh di tangan. Kakinya tersepit. Kepalanya ada kesan lebam. Azmi sudah tidak mampu buat apa-apa. Hanya mampu menjerit-jerit meminta tolong.

“Tolong! Tolong! Tolong!”

“Ya Allah,tolonglah hambaMu ni. Aku dalam kesusahan.” Rintih Azmi dalam kesakitan. Matanya terasa berpinar. Alam di sekeliling terasa berputar-putar. Azmi pengsan dan terjelupuk lemah.


..Daeng..